Entah bagaimana tiba tiba teringat kepada blog yg menjadi pembuka tirai untuk terjun kepada dunia siber ini..
Kerana dah terlalu lama blog ini ditinggalkan sehingggakan password untuk blog inipun terpaksa memerah otak untuk mengigatinya balik..
Masih terkial kial dalam mencari bait bait kata untuk dicatat dalam blog ini..
Masa terus berlalu tanpa meninggalkan jejak..
Usia juga semakin bertambah..dulu bermata dua sekarang sudah bermata empat..
Anak anak juga sudah meningkat remaja..malah akan hadir seorang lagi insan baru dalam keluarga ini..
Masa yang berlalu ibarat air sungai yang mengalir..
Bila ianya berlalu, ia takkan kembali lagi..