Harapnya tak meragam lagi. Orang yang tak berapa pandai dengan simpang siur IT ni bila blog meragam mula berpeluh sejuk..
Kehidupan yang sibuk dan 'menyibuk', membuak banyak benda nak diluah tapi ruang waktu terhad..situasi juga terhad, kemampuan menukil bait bait ayat juga terbatas, banyak benda yang nak dikejar namun adat manusia kemampuannya terbatas.. Terkadang bila mengejar sesuatu bimbang yang dikendung pula keciciran..Namun manusia mana pernah mahu puas..kepuasan hanya tamat bila denyut nadi terhenti..waktu itu kepuasan hidup tidak bermakna kerana ianya menjadi milik mereka yang hidup..untuk yang telah terpisah jasah dan roh..amalan berpahala yang dikutip sepanjang hidup itulah yang menjadi bekalan di alam yang 'nafsi nafsi'..
Hidup untuk mencari bekal akhirat..ramai yang tahu tapi tak ramai yang mengamalkannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan