Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Ahad, 22 Ogos 2010

Umno ibarat mata lalat???

Akhir akhir ini heboh isu nama Ketua Menteri Pulau Pinang disebut dalam doa khutbah Jumaat. Gegak gempita akhbar akhbar bila Zahid Hamidi memukul canang.

Selepas canang dipukul di Selangor,giliran di Pulau pinang pula.

Rupa-rupanya memang ada khatib baca doa dalam khutbahnya sebut nama Lim Guan Eng.

Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Tapi katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

”Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

”Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

“Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,” kata Imam Masjid Jamek Padang Menora.

Patutlah kecoh rupanya tak faham bahasa Arab.

Adatlah bila jadi mata lalat,asyik mencari yang tak baik, yang buruk dan busuk. Apa salahnya di Ramadhan yang Mulia ni jadi pula seperti mata lebah pula.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails