KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?
Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak.
Harakahdaily
# Bagilah alasan yang cerdik sikit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan