Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 9 Mac 2017

Bismillah..

Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia.

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.”

Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah.

Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya daripada derma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.

Dr Zaharuddin Group

Rabu, 8 Mac 2017

Alhamdulillah..
Januari 2014 - 7 Mac 2017..
3 tahun tinggalkan blog sulung ini. 
Terdetik malam ini nak buka balik..klik sign in..email..password..
Rupanya masih ingat password..
Dah makin berumur..lupa itu satu yang biasa..Rupanya masih ada rezeki blog ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails