Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 28 April 2011

Terkedu..terjijik..termalu...alahai tanahair tumpah darahku..


Terkedu bila menonton buletin utama semalam..percuma mendapat dosa melihat adegan yang tidak senonoh..

Terjijik bila melihat rakus dan biadabnya stesyen penyiaran yang menggunakan sewenang wenangnya masa siaran perdana untuk memperlihatkan video lucah semata mata atas kepentingan politik..di mana nilai akhlak..di mana dicampakkan tata susila..di longkang mana ditendangnya etika kerja..

Termalu sendiri bila anak seusia 7 tahun bertanya.."apa tu umi???"...waduh!! Rosak minda anak anak..

Mutaakhir ini terasa seperti bukan duduk di Malaysia yang diwar warkan sebagai negara Islam. Video lucah ada di mana mana. Di kaca tv,di akhbar akhbar, di internet.. Kalau dulu video lucah menjadi sesuatu yang sangat sensitif dan salah tapi sekarang bukan lagi satu kesalahan..

Memalukan! Mana suara pemimpin negara? Mana suara menteri dan timbalan lulusan Agama? Kalau pemimpin gereja khatolik boleh membidas dalam isu ini, kenapa yang berlulusan Al Azhar membisu?

Apa nak jadi dengan negara ini? Atas alasan 'mencari kebenaran" kelucahan dibenarkan..atas alasan "menegakkan kebenaran" sumpah menjadi mainan..atas alasan "membenarkan kebenaran" keaiban terus dipopularkan...

Apa nak jadi dengan negaraku?? Apa nak jadi dengan anak anakku??

Rabu, 20 April 2011

Buta mata..buta maklumat..buta hati..



Buta mata..sekurang kurangnya cuma tak nampak tapi hatinya celik..
Buta maklumat..nampak celik tapi boleh membawa kepada buta hati...
Buta hati..walaupun celik tapi gajah depan matapun dia tak nampak...

Sebab tulah orang yang buta maklumat dan buta hati ni ..dia tak boleh nampak bukan saja apa yang orang buta mata boleh nampak tapi juga dia tak boleh nampak apa yang orang celik mata,celik maklumat dan celik hati nampak...

so...jadilah seperti ini....

Selasa, 19 April 2011

Dia kata tak adil dia kena dakwa sebab dia cuma tolong tayang video lucah jeee..

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi," kata Datuk Shuib Lazim.

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.

Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan polis semalam yang menyatakan bahawa trio berkenaan mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks tersebut.

'Tunjuk semua, biar terang'

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa satu video pendek yang tersebar di Internet sejak awal bulan ini merupakan sebahagian daripada video penuh sepanjang 22 minit.

Shuib bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu bagaimana video berkenaan boleh tersebar di Internet memandangkan rakaman asal dan serta satu salinannya telah diserahkan kepada polis.

"Ada satu (rakaman) asal, ada satu salinan. Semuanya polis telah ambil, kesemuanya sekali. Sebab itulah tak sepatutnya bocor.

"Buat apa tunjuk sikit sangat? Sepatutnya tunjukkan semua terang-terang. Tak payahlah tunjuk sikit-sikit," katanya secara berseloroh.

Namun, Shuib turut mengakui bahawa beliau turut berasa terkejut apabila mengetahui bahawa video pendek itu telah berlegar di Internet.

Jelasnya, beliau tidak tahu menahu mengenai tulisan dalam bahasa Thai yang tertera di imej video pendek tersebut.

"Semuanya buat di sini," katanya lagi yang turut menafikan spekulasi bahawa video berkenaan mungkin dirakam di negara berkenaan.

Sketsa politik orang pasar..versi Terengganu


Satu pagi di kedai kopi tepi pasar..

"Setkum..ayoh De..awal duk keda" Zali dengan motor secondhand ayahnya menyapa pak Saudaranya.

"Setkum..setkum..cu bagi salam molek. Aku nok jawab payoh" balas Pak saudaranya.

"He he..assalamualaikum ayah De. Sori ah".Jawab Zali.

"Wa alaikum salam..gitu ah bagi salam. Ayoh mung mane? Dok mari ke pagi ni?"

Baru je Zali nak buka mulut..tercegat ayoh Loh,ayah Zali.

"Aku sinilah..bakpe mung cari aku De? Nok bagi pitih ke?"Soal Ayoh Loh sambil tarik kerusi duduk sekali dengan ayoh De.

"Mung takdok benda lain..pitih..pitih..nok kena ulur sokmo..Mung dengo dok brita tv smalam?"

"Tegok, doh bakpe? Brita menda?" Tanya ayoh loh sambil buka bungkusan nasi dagang.

"Hok royak polis kata datuk T mungkin kena takap tu lah. Aku kata doh..bukang nuar tu..mung gok hok kerah kata nuar. Ni Tuhang tujuk slalu. Mung dok caya cakap aku..duk caya ke suratkabor nipu" Macam peluru ayoh De tembak ayoh Loh.

"doh mujur ah gitu..aku kata gitu sebab suratkabo royak gitu,tvpung royak gitu,aku baca tuu loyar Zul hok nompat dulu kata 110% dia yaking nuar..doh aku caya ah" bela Ayoh Loh.

"Tu ah mung..duk caya ke suratkabo hok bubuh video lucoh depang skali..cucu aku hok sekoloh rendoh tanya aku..malu aku nok jawab." Bidas Ayoh De. "Tapi..aku pelek sunguh..aku dok seke polis kata bukang nuar..pulok tu dia kata nok siasat sape hok ngedor degan tayang video tu..dok ke pelek?"

"pelek mende pulok De? Mung ni dok habih2 nok nyangke burok.." Balas ayoh loh sambil kunyah nasi dagang.

"Mung ni kang Loh..aku kate bodo,mung maroh..cu mung mikir sket..kang datok T tu dulu lagi royak kata dia hok tayang video tu konong nok cari kebenarang. Dia ngaku doh..nok siasat mendanya.." Jengkil ayoh De

"Aloh ayah De..memang racangang dia doh gitu. Orang kate ikut skrip." Sampuk Man Ayam yang mengikuti sembang 2 orang lama pencen tu.

"Skrip menda Mang..Cu mung royak kat ku." Tanya Ayoh De.

" Ambe doklah panda mane,ayoh De tapi doklah macang duk bawoh purung. Ambe rasa lah memang doh racagang dia. kalu 3 orang datok tu kena,ambe rasa denda je..orang pitih bayok..bo denda se dua ribu dok jadi kakah. Paktu kalu datok tu kena cara makamoh..dia boleh wat crita macang2 dalam tu..bokar tu bokar ni..nuar nok bela diri dok leh sebab dia bukang kena tuduh. habih sangat nuar ator loyar tuk prati kes makamoh. akhirnya nuar jugak yang buruk. "

"lagipung.." sambung man Ayam lagi.." Cu kite mikir,bakpe kes ni kluor masa nok pilihanraya sarawok..mesti nok jatuh PR..masa sebelum ngundi..polis kata video tu tulen dok tipu tapi dia dok kata tu bukang nuar..lepah dia menang..baru kluo,polis kata nok siasat sape hok ngedor degang tayang tapi dia kata dia takdok hok nok takap sebab takdok peruntukang takap orang gitu. Nok seroh ke peguam negara pulok..kluk klek dooh." Panjang lebar Man Ayam buat analisis.

"Panda gok mung Mang..panjang akal..lagipun akupung begang bakpe dia kata nok siasat sape hok ngedar degang tayang video tu. Kang ke Rahing degang Askay ngaku,depang watawan masuk tv pulok..nyayok ke? aku igat tok wan mung je nyayok. Ke guana Loh?" Ayoh De mencuit Ayoh Loh yang masih kusyuk makang nasi dagang bungkusan kedua.

"Aloh heh..biar dia aa..lagipung aku rasa tok kang datok2 tu nok wat gitu kalu dok betul..dia ada hati perut gok..tu loyar Zul..dia pung tahu peraga nuar guana.." Acuh ayoh Loh.

"Mung ni kang.." Ayah de tak jadi menyambung ayat bila ayoh loh bingkas bangun..

"Doh ah De..Aku ada musuarat ni..mung tolong bayor nasik dagang dengang tea o aku nah..aku dok igat bawok pitih." Tergesa gesa Ayoh Loh meninggalkan Ayah De.

"Musuarat menda ayoh Loh pagi2 ni..macang mustohok je?"Tanya Man Ayam.

"Mesuarat JKK lah tu..gi awal2 untung2 pengerusi napok macang rajing..boleh pitih serial dua.. padang gitu ah hidup dia..dok reti aku nok kabor ke adik aku sorang ni" Keluh Ayah De.

"Tak pe ah ayah De..Nak wat guana, nya pilih gitu..doh dokpe ah ayoh De, ambe nok gi kat gera ayang ambe.tadi suruh budok jaga jap.Assalamualaikum"

"Wa alaikum salam. Baguh gok budok Mang ni..Napok jual ayang je tapi otok panda mikir."

Ahad, 17 April 2011

BN menang..PR kalah...rakyat terkena....




Tak sampai sejam selepas diumumkan BN menang semalam..tak sampai sejam juga selepas Siaran secara langsung dengaan Najib yang menyatakan akan menunaikan semua janji pada rakyat sarawak...alih alih Taib Mahmud angkat sumpah sebaagai Ketua Menteri Baru (baca lama)..

Alahai rakyat..berapa lama lagi nak kena tipu....

Sabtu, 16 April 2011

BN menang tapi Taib terus panas...


Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pent

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

# Khairy bikin Taib Mahmud panas punggung. Baru je nak menghayati kemenangan malam ni..aaahh Khairy kacau daun...kenapa diingatkan pasal janji nak tukar KM..tak lena tidurlah Taib.



PRU Sarawak : Sekitar UPU Pelandok Laut

Dah ada payung.....

Perayu muslimat dgn pengundi

Kempen sampai ke line penamat....

Dewan Pengundian.....

Polis sorang aje...... tak mcm di Merlimau.....polis tnb, polis felda, bomba, rela.

Update: 9.30 am (sementara berukband ok)

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Suasana tenang, kita layan foto-foto aje....


Harapan utk perubahan

Queue masih panjang di luar dewan....

Petugas JPrD Templer.....

Ketua Penaja berkempen di luar dewan.....

Semuanya mereka pakai..... Takbirrr........
Update on Polling Day 8.30 am

Salam perjuangan, suasana di UPU Kg. Pelandok Laut tenang aje bila Polling Station dibuka...... mungkin sebab unmo tak de kot.........

UPU ni ada 296 pengundi aje, waktu 8.00 am hingga 2.00 pm...... harap-harap dapat tutup awal, sbb nak kejar flight di Airport Kuching utk balik jumpa anak isteri...... tapi permintaan muslimat utk shopping di Kuching mesti dituruti.....

Kita berjaya mendirikan pondok panas, mcm biasa berbumbungkan awan....

Foto-foto nya di bawah, akan update bila b/band ok, ......


Pondok panas JPRD Templer yg berbumbungkan awan...


Pengundi beratur untuk mengundi... boleh merayu lagi...

Kredit to Suraukini

Jumaat, 15 April 2011

Signal rakyat Sarawak di malam terakhir.


Ketegangan berlaku apabila anggota polis cuba menghalang satu ceramah DAP di Kuching malam ini sebagai 'grand finale' kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Ketegangan berlaku apabila anggota polis cuba menghalang satu ceramah DAP di Kuching malam ini.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta untuk mendengar ceramah tersebut.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang.

Jumlah tersebut semakin meningkat dan dianggarkan mencecah 20,000 orang.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?"

Orang ramai membalas “Tidak!”

Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walaupun dilarang oleh pihak polis.

Bagaimanapun, beliau meminta para penyokong supaya tenang dan tidak menghina pihak polis.

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Polis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

DAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Ketegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

Hujan Tv n Astro pulak.....pemurahnya.

Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

#
1. Kenalpasti penerima bermakna adalah yang akan kempunan terutama penyokong PR.
2. Sekarang orang dah tak pakai maklumat RTM dan TV3...selalu tersasar dan 'konar baring'

Khamis, 14 April 2011

Luka lama berdarah kembali...oh RPK


Pertama sekali tahniah kepada Raja Petra Kamarudin aka blogger kontroversi malaysia-today.net kerana telah berjaya meletupkan kembali isu misteri pembunuhan Altantuya oleh dua orang anggota Polis yang dilihat semakin dilupakan.

Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi, media-media arus perdana, serta blogger-blogger mereka akan menuduh Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertanggung jawab memfitnah Perdana menteri Najib tun Razak yang dianggap suci bagi mereka.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka-mereka yang telah dikelentong oleh gerombolan songkok tinggi. Persoalan yang penting sebenarnya ialah, siapakah yang menimbulkan isu pembunuhan Altantuya ini di peringkat antarabangsa?

Untuk pengetahuan pembaca semua, isu pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib (pada masa itu Timb Perdana Menteri) telah ditimbulkan oleh di peringkat antarabangsa sebuah akhbar berpengaruh di Perancis, Libration.

Di bawah ini bukti screenshot yang diambil dari website Akhbar Libration yang disiarkan pada 5 Mac 2009 bertajuk Un cadavre très dérangeant (Mayat yang sangat mengganggu) rujuk link ini [Libration] - sila gunakan google.translate untuk menterjemah article bahasa perancis ini.

Sumber asal..


#baca jangan tak baca...

Lagi gambar yang menyebabkan jiwa Najib n Taib 'bergetar'

Lautan manusia menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di kawasan MJC New Township di Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Lautan manusia menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di kawasan MJC New Township di Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. — sumber


Kalah di bandar, BN beri tumpuan luar bandar
Sambutan hangat terhadap ceramah BN
umno langsung takde
kesiann…… sumber

Gambar2 yang menyebabkan Najib n Taib 'Jiwa kacau'



Masih ada kurang daripada 72 jam untuk Rakyat Sarawak menentukan harapan negeri mereka, ceramah Pakatan Rakyat di bandar-bandar besar terus membara...


Selain daripada itu, derma kepada Pakatan Rakyat terus meningkat setiap hari. Kebiasaannya derma boleh ditafsirkan sebagai sokongan kepada Pakatan Rakyat. Lebih tinggi kutipan derma Pakatan Rakyat maka peluang untuk menang menjadi semakin cerah.





Gambar ini diambil daripada twitter pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurut mereka bilangan penduduk yang datang telah mencecah hampir 10,000 orang!

Sumber

Rabu, 13 April 2011

BN menang 34 kerusi di Perak......

Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan mca perak media night tajol rosli 010209 04Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.

ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.

Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.

Sumber

# Mereka sendiri tak yakin dengan 'analisisnya sendiri'...kalau tak..takkan sidang DUN masih guna polis..


Gangguan semasa undi Pos dirakam

DAP mendakwa insiden itu telah dirakamkan di
Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki dikatakan telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam.

Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat.

Sumber

Selasa, 12 April 2011

Tidur sebantal...mimpi lain lain..

Kata Tan Sri Abdul Taib Mahmud : beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” -

Kata Datuk Seri Najib :“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,”

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Sumbernya di sini

# Sorang cakap atas angin...
Sorang lagi nak tunggu isyarat lempar selipar jepun...
Rakyat Sarawak..Tukar Sekarang..

Isnin, 11 April 2011

Pru Sarawak: TPM rayu undi guru untuk Bee End..

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

NONEMuhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Seterusnya di sini...

PRU Sarawak: Apa dah jadi??


Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam semalam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.
etika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu. Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware. Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.najib rally kuching 100411 tumblers

Jatuh tergolek Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada. Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu. Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Baca lagi di sini..

# Najib = tupperware??? Kalau di Terengganu/kelantan..rakyat digula gulakan dengan kain batik..di Sarawak burger n tupperware..Wau!!


Khamis, 7 April 2011

Banyaknya benda Palsu..telur ayampun Palsu...


Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasarPulau Tikus di sini .

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natriumalginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepa

Rabu, 6 April 2011

PRU DUN Sarawak: Ada lagi polis tak Kenal Presiden PAS




Peristiwa ini berlaku ketika perarakkan calon pagi tadi. Bila rombongan kami hendak masuk ke kawasan penamaan calon TGHH tidak dibenarkan MASUK kononnya kena habiskan orang BN masuk dulu..
Alhamdulillah Lawyer Khairuddin fight untuk TGHH..dengan ayat power "Ni bukan pak haji"bila polis 2 paku itu kata "maaf pak haji saya tak boleh benarkan masuk, kena tunggu orang sana masuk dulu"..

Antara dialog tadi...
Polis: " maaf pak haji..saya tak boleh benarkan masuk.kena tunggu orang sebelah sana masuk dulu"

Khairuddin : Ini bukan pak haji..ini tok guru kami..kenapa kami tak boleh masuk ? mana undang2 yang menyatakan kami tak boleh masuk? kami parti yang akan bertanding.."

Polis : "nanti saya masuk tanya di dalam.."

Khairudin : "Saya lawyer ..saya tahu undang..:

Polis : "Tak boleh ..tak boleh ..saya akan tanya di dalam..( sambil tangannya hendak menyentuh Tok Guru)

Khairudin : (dengan suara keras)..." Jangan sentuh Presiden kami..."

Bila polis itu memusing ke belakang..Seorang sarjan pula berkata boleh masuk..Sarjan ini minta maaf kerana berlaku kekecohan..

Moralnya disini...MMG STAFF BAWAH POLIS LEBIH TAHU UNDANG-UNDANG BERBANDING PEGAWAI...
Sumber

Selasa, 5 April 2011

Ingat 4 pesanan..


Ali bin Abi Talib R.A Berkata:

Agama dan dunia akan tetap tegak berdiri kerana 4 perkara:

  1. Selama-mana orang-orang kaya tidak bakhil dengan apa yang telah dikurniakan pada mereka.
  2. Selama -mana ulamak mengamalkan dengan ilmu yang telah diketahui.
  3. Selagi orang bodoh tidak sombong dengan perkara yang tidak diketahuinya.
  4. Selagi orang fakir tidak menjual akhirat dengan dunia.
4 Jenis Ibu:
  1. Ibu kepada Ubat adalah kurangkan makan.
  2. Ibu kepada kesopanan adalah sedikit berbicara atau bercakap.
  3. Ibu kepada segala ibadat adalah sedikit dosa.
  4. Ibu segala cita-cita adalah sabar.

HUKAMAK TELAH BERKATA :

Sesungguhnya tanda-tanda iman itu 4 perkara:

  1. TAQWA – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala perbuatan maksiat.
  2. MALU – Malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat.
  3. SYUKUR – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima.
  4. SABAR – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari SWT.







Isnin, 4 April 2011

Lambakan drama drama menjelang Pilihanraya Sarawak


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.

Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.

Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.

“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.

“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.

"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.

Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.

Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN. Sumber


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive