Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Ahad, 20 Disember 2009

PR Ikrar Pertahan Islam Sebagai Agama Rasmi



SHAH ALAM, 19 Dis:
Kedudukan agama Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang terkandung dalam empat dasar Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, menyedari Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak-hak agama lain akan tetap dijamin bagi memastikan keharmonian kaum dikekalkan.

"Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

"Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ka dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama," menurut buku laporan dasar Pakatan Rakyat yang diedarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat itu menyaksikan kehadiran lebih 1,500 orang perwakilan dengan setiap komponennya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diwakili oleh 500 perwakilan.

Isu agama terkandung sebagai perkara ketiga Dasar Pakatan Rakyat di bawah prinsip keadilan sosial dan pembangunan sosial.

Malah, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga komponen parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP turut bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji isu-isu berkaitan agama dengan mendalam.

"Pakatan Rakyat berikrar untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah," katanya.

Selain itu, tiga lagi dasar yang dipersetujui oleh gabungan berkenaan ialah:

Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

b. Pemisahan Kuasa.

c. Sistem Pilihan Raya Yang Bersih, Bebas dan Adil.


Memacu Ekonomi Berprestij Tinggi, Mapan dan Adil

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan.

e. Tenaga Kerja.

f. Jaringan Perlindungan Sosial.

g. Perumahan.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam.

i. Alam Sekitar.


Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan.

b. Sabah dan Sarawak.

c. Dasar Luar Negara.

Pas Perak

3 ulasan:

Ayid berkata...

Salam,

Dalam UMNOngok tiada ukwah semacam ini, mari kita campak sahaja UMNO Ngok ini ke dasar laut agar anak cucu kita tidak kenal UMNO.

uminas berkata...

Salam..
Silap tu Ayid..
anak cucu generasi akan datang perlu kenal umno..inilah parasit yang memberi sumbangan besar dalam merosakkan anak melayu islam..
Waktu itu anak cucu melihat seperti mana kita melihat pameran dinasor pd zaman ini..

lagendajuang berkata...

Betul...
ana setuju ngan uminas.
Tapi setuju gak ngan ayid...cume mungkin bukan ke dasar laut, x leh jauh2

kita campak je umNO-bn ke tempat pembangkang dlm parlimen
baru btol

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails