Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 22 Disember 2009

Brapa kali runtuh daaa...


Elok saja tirai 2009 hampir nak berlabuh berlaku lagi keruntuhan di Terengganu Darul Iman..tempat tumpah darahku..Apasallah Terengganu ni minat sangat dengan runtuh..kalau durian runtuh okey jugalah.

Kalau Ctkay's kata cap ayam, memang sesuai..Harga stesen Bas Kuala Berang yang runtuh bukan sikit...RM 4.2 juta..banyak tu..mahal srupa bedil..kata orang ganu..Tapi yang mahal srupa bedil tulah yang asyik nak runtuh...

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Rasanya MB mesti pening kepala..Dalam sidang dewan agaknya bertalu talu soal runtuh ni berdendang..Tu belum protes senyap terhadap wibawa MB. Nasib MB Mat said..zamannya banyak benda nak runtuh..


gambar dr ctkay's n pemuda Bt6

2 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

Runtuhnya bangunan2 yang melambangkan runtuhnya akhlak, agama, moral kita di 1 malaysia(wang malaysia) ini.

Apa nak kata .. inilah akibatnya bila orang bodoh dinaikan menjadi pemimpin.

Ayid berkata...

Negeri Trangganu perlu ditukar nama kepada Trangganu Darul Runtuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails