Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 1 September 2009

Bantu Mereka....

Bismillahirahmannirahim.
Rumah Amal Baitul Kasih telah berpindah di no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH.

Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.

Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun.


Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.

Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap,... menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.

Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.

Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni.

Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:

Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai
Blender [4] - Opismet saya dah derma
Iron [4] - Manager saya dah derma
Kipas [4]

Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:

Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/ tepung/susu/ milo... etc]
Peti ais
Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]
Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baik]
Mesin basuh

Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649.

Alamatnya pula ialah:Rumah Amal Baitul Kasih32, Jalan U19/1Taman Seri BulohSungai Buloh.

Kisah ini saya copy dari blog Bujang Susah. Nak ulas panjang rasanya tak perlu. Harapnya paparan secebis dari keperitan hidup rakyat Malaysia yang telah merdeka 52 tahun ini mampu membuka pintu hati pengunjung blog ini. Laungan merdeka tidak mampu memberikan apa apa erti kepada mereka yang belum merdeka dari keperitan hidup.
Ruang terbuka luas untuk kita beramal di bulan yang mulia ini. Dengan janji Allah yang akan melipatgandakan pahala amalan di Ramadhan ini,maka akan berebut rebut kita untuk menghulurkan bantuan. Moga Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba akan berupaya menceriakan hati hati kecil yang telah lama kehilangan.
Salam Ramadhan
Salam ukhuwwah

1 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

alhamdulillah kak... setiap amalan ada ganjarannya insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails