Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 1 September 2009

Minyak naik??

Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.
Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.

Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.

Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.

Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.


Agaknya inilah hadiah Kerajaan untuk rakyat sempena 52 tahun merdeka. Betapa tak sensitifnya kerajaan dengan keperitan dan kesusahan rakyat. Dalam suasana Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang,kos sara hidup rakyat terus meningkat. Umum mengetahui berapa senpun kenaikan harga minyak,ianya bermakna harga barang keperluan akan turut meningkat. Takkan kerajaan tak tahu,tak faham atau buat tak kisah...Dahlah isu gula masih tak selesai.Pergi ke dua tiga kedai belum tentu dapat sekilo gula. Dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak.

Lepas ni akan kedengaran amaran pak menteri agar peniaga jangan ambil kesempatan untuk naikkan harga barang. Dailog rutin selepas kenaikan harga minyak. Jangan momokkan rakyat dengan satu dua suara individu dalam TV tentang tak kisah dan tak apa apa dengan kenaikan ini. Turunlah selami keluh kesah rakyat yang saban hari kian tersepit dengan kenaikan kos sara hidup.

Apa lagi kejutan untuk rakyat selepas ini. Mungkinkah ini adalah isyarat kemarahan UBN terhadap rakyat yang terus menolak UBN dalam 6 PRK yang lalu. Mungkinkah jika ada prk lagi selepas ini,rakyat akan digula gulakan dengan penurunan harga minyak. Hanya masa menentukan. Tak ada yang mustahil kerana UBN memang kaya dengan pemanis mulut..
Salam Ramadhan
Salam Ukhuwwah


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails