Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Isnin, 20 Jun 2011

Pisang n Nyior 1Malaysia..


Minggu lepas pulang ke Terengganu.
Singgah gerai air kelapa..seperti biasa beli air kelapa sebiji untuk bekal dalam perjalanan..

Sembang sembang dengan pakcik penjual tu..
"Harga nyior ni naik leni ustaz...dok leh doh RM 2.50..leni RM 3.00.."

Suami cuma " ya ke..."

Pakcik tu sambung lagi " minyak Ron 95 naik..jadi nyiorpun kena naiklah..barang naik blaka.."

kami cuma senyum..bayar duit dan jalan.

Minggu ni pulang lagi ke Terengganu..
Macam biasa singgah di gerai jual air kelapa..kali ni beli 2 biji.

Suami bertanya.."tak jual makanan lain? pisang goreng ke??"

pakcik tu jawab dengan emosi pulak tu..

"pisang mahal leni ustaz..pisang 1Malaysia..dok 'padang' nak jual..customer tahu nok sedap..nak muroh..kita nok jual guane..barang mahal..minyak naik..pisang naik..nyior nipun naik harga..leni gak semua barang mahal blaka..1Malaysia lah ni.."

Bila nak bayar.."brapa harga ni?"

"2 butir nyior ustaz bagi RM 7 rial doh ah.."

Terkedu kami..Sebiji kelapa muda RM 3.50...minggu lepas Rm 3.00..sebelum ni..RM 2.00-2.50..

Aduh 1Malaysia....

1 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

barang makin mahal kak....kesian kepada peniaga nak menjual pun susah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails