Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Sabtu, 30 Julai 2011

Tak tahulah apa yg ada dalam kepala mereka...memalukan!!!!

Membaca sinar harian hari ni terasa terbuak rasa jengkil, marah, jijik dan memalukan...mungkin itu selayaknya untuk perbuatan tak senonoh mereka ni..

Selepas sidang media, Mohamed Ghani masuk ke ruang menunggu di tingkat 3, Komtar untuk menyerahkan pakaian dalam itu kepada wakil Guan Eng, namun terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam bagi menantikan wakil Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, tiada se
orang pun wakil yang sanggup menerima ‘hadiah’ berkenaan menyebabkan Mohamed Ghani mengarahkan pengikutnya untuk menggantung coli serta seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Guan Eng.

Lebih jelas di sini

Kenapalah puak puak ni suka sangat dengan benda benda lucah ni. Dah tak ada rasa malu. Maruah campak ke mana? Tak malu ke pada anak bini...

Yang buat perangai buruk ni orang Islam..ditujukan pada bukan Islam.. wei..jagalah sikit akhlak sebagai orang Islam!!! Pah tu buat pulak benda kotor ni rapat dengan Ramadhan...langsung tak hormati Ramadhan...

Hoi..tolong simpan songkok 4 inci tu dalam laci kat rumah.....
Ni le akibat video lucah bebas di tayang di tv...kesannya bukan saja pada budak2 dan remaja tapi jugak pada si tua bangka...

Jumaat, 29 Julai 2011

SPR anggap Debat Gagal???

Timbalan Pengerusi Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan wacana Apa Selepas 9 Julai kelmarin, yang dihadirinya bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, tidak tercapai seperti yang beliau harapkan ekoran “tindakan” pihak tertentu.Kata beliau, matlamat wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu telah terjejas ekoran kedatangan mereka yang tidak begitu faham tentang maksud wacana.

Seorang lagi ahli panel wacana itu ialah Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

“. . . ia dirosakkan dengan kedatangan golongan yang tidak begitu faham tentang maksud wacana yang beranggapan dengan turun padang untuk menunjukkan kekuatan politik . . . kebanyakannya penyokong ‘Bersih’,” kata Wan Ahmad dalam satu rencana dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Rencana itu mendakwa “sebetulnya Wan Ahmad tidak diberi peluang langsung untuk meluahkan pemikiran SPR. Semuanya ‘dikunci’ oleh hadirin. Kalau tidak secocok, mereka terus menghalang penjelasan suruhanjaya itu.”

Malah rencana itu mendakwa “sampaikan ada kalangan mereka seolah-olah tidak pernah mendengar apa yang pernah diperjelaskan SPR tentang segala dasar SPR termasuk isu pengundi hantu.”

“Datang ke majlis itu dengan ilmu pengetahuan sifar dan cetek tentang apa yang telah dilaksanakan SPR.”

Tambah rencana itu, cuma kelebihan Wan Ahmad ialah keupayaannya menerangkan tentang sistem biometrik yang berkaitan hujahnya tentang cap jari.

Tulisan itu menambah, kalau untuk kerja pembersihan daftar pemilih, biometrik adalah jawapannya yang boleh mengesan dua atau tiga nombor kad pengenalan yang bertindih.

Dalam hujahnya pada wacana itu, yang pertama bertemukan antara Wan Ahmad selaku wakil SPR dan Ambiga di pentas yang sama, beliau berkata, agensi itu mahu Bersih 2.0 mengemukakan usul lapan tuntutan transformasi pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Ini kerana jelas Wan Ahmad, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan memerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mengikut laporan media Selasa lalu, Wan Ahmad juga dikatakan dicemuh dengan hebat oleh orang ramai kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Wan Ahmad ditenangkan moderator Wan Saiful Wan Jan.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 badan bukan kerajaan turut disokong Pakatan Rakyat.

Ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan lebih 1,600 orang telah ditahan.

Sumber

Khamis, 28 Julai 2011

Apalah yang Tok Him ni melalut?? ?

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

NONE"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

azlan"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.


# Nak tergelakpun ya...pelikpun ya... masuk bakul angkat sendiri lah pulak....

Rabu, 27 Julai 2011

54 tahun merdeka namun masih terkonkong....

Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,”

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepa

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Baca lagi di sini



Yang ditunggu dah muncul...





Selasa, 26 Julai 2011

Bila menteri terkeliru...publisiti atau isu negara..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.NONE

Walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

sumber M

# Teruk negara kalau menteri bekerja kerana mengejar publisiti...
Mungkin juga Datuk Jamil Khir bercanda...namun tak kena tempat kerana isu Wahabi dan Terorisme bukan isu kecil apatah lagi melihatkan nama nama besar.

Ataupun mungkin benar apa yang dimaksudkannya...programnya tak keluar media...so rakyat tak tahu betapa gigihnya datuk ni bekerja untuk rakyat...almaklum PRU 13 dah tak lama..dengar dengar September.

Usaha keras Tok..jangan sampai nama tercicir...tapi kalau tercicir pun tak pe..lagikan calon yang kalah boleh jadi menteri nikan pula sekadar tercicir....ooopppss sory terlupa datukpun dulu bukan calonpun....

Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. NONEBeliau juga 'dibu' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. “Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya. Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.NONE “Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin. Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Sumber:
Malaysiakini..



# Tak sabar nak tengok kot kot ada dalam youtube..
Nak tengok juga macam mana tv3 nak ulas perkara ni...lagu mana depa nak pusing ka..konar baring ka....Tungguuuu....

Ahad, 24 Julai 2011

Kita dah tak ada masa....Dah lama daaaah..



Satu hari seorang pesakit kronik diberitahu oleh seorang doktor:

"Penyakit anda sudah berada tahap 4..jangka hidup anda dah tak lama"

"Jadi saya tidak mempunyai banyak masa..saya kena belajar ke masjid, saya juga kena tolong jiran tetangga saya yg susah, saya juga kena rapatkan hubungan dengan anak isteri sya yang selama ini terabai..saya tidak mempunyai banyak masa.."

"Aik..dah 54 tahun anda hidup..baru nak kenal masjid,baru nak tolong jiran tetangga, baru nak perbaiki hubungan dengan anak isteri? "

Yang di atas lebih kurang dengan yang dibawah ni....

Kata kata TPM:..
Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

Lagi di sini..

Sabtu, 23 Julai 2011

PM yang berjiwa rakyat...sooooo sweeeettt....Alahai...


Terharu Giler dengan ucapan PM ni....

“(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

“Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia,” kata beliau.

“Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong,” kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

“Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

“Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

# Patutlah kak Mah turun flight..muka tak brapa nak ceria...rupanya tak jadi nak shopping cam budak2 penat ikut ayah mak ke hulu hilir tapi tak dibelikan apa apa...

Apapun anda dinasihatkan....Baca Boleh ..percaya.... fikir 1000x...

Ahad, 17 Julai 2011

Al Fatihah..Perginya sebutir permata perjuangan..

DariNya kita datang...KepadaNya kita akan Kembali...
Mati adalah pasti..
Moga rohnya bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah.
Amin...Al fatihah..

Bila Rosmah bercakap pasal Islamic Fesyen....membimbangkan..


Bila Rosmah membuka mulut berbicara pasal Islamic Fesyen, ianya seperti sesuatu yang membimbangkan. Sekali pandang ianya sesuatu yang bagus bila pakaian yang 'berimej Islam' dijual di gedung gedung besar di bandar2 besar dunia...sekali pandang...

Namun 2 kali pandang mengigatkan kita bagaimana rupa pakaian yang berimej Islam ciptaan isteri kesayangan Najib ini. Yang mengundang seribu persoalan dan menimbulkan rasa marah di kalangan umat Islam walaupun tokoh tokoh agama hanya membisu. Kita masih ingat isunya di sini

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia. "Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya.

Sumbernya di sini

Sekadar impiannya untuk melihat pakaian dan aksesori Islam dijual di gedung2 besar sedangkan dirinya sendiri tidak ada impian untuk berpakaian menepati suruhan Islam...sesuatu yang sangat mendukacitakan.
Ibaratnya ketam menyuruh anaknya berjalan betul....

Ingatlah!!! " Amat besar kemurkaan Allah bila kamu menyuruh berbuat kebaikan sedang kamu sendiri tidak melakukannya"

Saya suka dengan komen ini:

Sabtu, 16 Julai 2011

Catatan 907...liku liku perjuangan..


Hari ini genap seminggu selepas BERSIH 907. Kenangan turun bersama rakyat Malaysia yang kedua selepas PPSMI. Dengan liputan meluas media massa tentang keganasan yang mungkin berlaku semasa Himpunan Bersih sedikit merisaukan saya. Beberapa kali suami bertanya betulkah hendak turun bersamanya dan saya menjawab ya, sekalipun sebenarnya hati bersulam bimbang. Kebimbangan pertama, saya risau kalau kalau sakit sendi yang saya hadapi menyerang pada hari itu. Kedua saya risau kerana saya akan membawa bersama anak kami Sumaiyah yang berusia 7 tahun.

Saya masih ingat sewaktu PPSMI dulu. Sumaiyah dan kakaknya saya bawa bersama. Teruk dia terkena gas pemedih mata. Dia betul betul marah sehingga dia memanggil FRU dengan nama Yahudi.

Jumaat, sehari sebelum 907, kami turun ke Bandaraya Kuala Lumpur. Jalan masih seperti biasa hanya road block di 3 tempat itupun polis sekadar memandang tanpa memeriksa apa apa. Kami tidak menempah mana mana hotel untuk menginap. Kami cuma memilih untuk menumpang di pejabat Agung PAS itupun kerana suami mempunyai 2 program pada malam itu.

Sabtu, jam 3.30 saya sudah bangun kerana dikhabarkan jam 4.00 pagi solat hajat akan diadakan. Jam 8.00 kami keluar dari pejabat agung. Hajat kami untuk bersarapan sebelum memulakan perjalanan ke Masjid kg Baru.

Suasana yang berbeza dari sebelumnya. Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur tiba tiba lenggang. Menyusuri jalan ke Chow Kit, saya terasa kesunyian yang menyeramkan. Anggota polis di sana sini.

Dari jauh terlihat orang awam yang berjalan berdua atau bertiga. Rasanya lebih ramai anggota polis dari orang awam. Kedai kedai tertutup rapat. Sempat bertanya penjual surat khabar di tepi jalan, kenapa semua kedai ditutup. Sepatah jawabnya...takut! Ketakutan yang diciptakan media.

Kami meneruskan perjalanan mencari kalau kalau ada kedai yang dibuka.. Sampai di jalan Chow Kit barulah nampak ada orang awam yang sedikit ramai. Suami mencuit saya..SB! Barulah saya perasan rupanya agak ramai SB yang berkeliaran di situ lelaki dan wanita..

Kami bertemu dengan seorang sahabat. Dengannya kami menuju ke warung di belakang hotel Grace Villa. Di situ kami bertemu dengan ramai kenalan suami. Malah bertemu dengan kak Ani sekeluarga (kakak suami) dan abang saya abang Din. Kemudian suami memaklumkan pejabat agung sudah di kepung. Saya menelefon adik adik Nisa' yang bermalam bersama saya di pejabat agung. Mereka mengesahkan dan mereka tidak dibenarkan keluar dari pejabat agung. Terperangkap di situ.

Kami mula bergerak bersama sama..saya,suami dan anak kecil Sumaiyah, kak Ani sekeluarga dan abang Din..bergerak dalam kumpulan yang agak ramai 12 orang. Hajat awal untuk ke masjid kg Baru tapi kemudian dimaklumkan masjid telah dikepung polis kemudian kami mengubah haluan untuk ke Pudu. namun rupanya walaupun jalannya lenggang dari kenderaan tapi tidak lenggang dari polis dan SB.

Saat itu kami dimaklumkan ramai yang sudah ditangkap. Di hujung jalan Trak polis sudah kelihatan. Polis semakin ramai. Saya agak risau. Kerisauan kerana Sumaiyah yang masih kecil ada bersama. Kerisauan andainya kami tidak berjaya berhimpun di tempat yang telah ditentukan. Kami meneruskan perjalanan sehingga berselisih dengan seorang pakcik yang memaklumkan di hujung jalan ramai muslimat telah ditangkap. Kereta polis yang perlahan lahan melintasi kami menyebabkan kami memilih untuk masuk ke sebuah kedai pakaian. Dari cermin sisinya, jelas polis tersebut sedang memerhati kami.

Bila dirasakan selamat,kami keluar untuk meneruskan perjalanan. Kemudian kami berselisih lagi dengan seseorang yang menasihatkan agar tidak berjalan dalam kumpulan yang ramai kerana polis telah mula membuat tangkapan. Dari jauh sudah mula kedengaran jeritan polis.

Kami berbincang. Kami perlu berpecah. Kak Ani memilih untuk kembali ke hotel memandangkan anak perempuan bongsunya demam dan menawarkan agar Sumaiyah mengikutnya ke hotel. Alhamdulillah terasa hilang kerisauan saya. Akhir saya,suami,abang Din dan Anis anak kak Ani yang juga merupakan aktivis muslimat Johor akan meneruskan perjuangan kami.

Kami menyusuri jalan yang saya sendiri tak tahu kerana sesungguhnya saya memang 'buta' dengan jalan jalan di KL. Kami melintasi anggota peronda polis wanita yang berpusing melihat saya dan Anis. Sehingga di satu sudut kami terpaksa berhenti kerana polis mula membuat sekatan dan teriakan semakin kuat. Kami cuba hampiri sedekat mungkin namun tiba tiba mereka mengejar.. Bunyi derapan kaki anggota keselamatan yang sepatutnya menjaga rakyat menyebabkan kami dan peserta BERSIH yang lain berundur. Kami bergegas ke sebuah restoren yang rasanya hampir keseluruhan pelanggannya adalah peserta BERSIH.

Kami menunggu di dalam, polis pula menunggu di luar. Tiba tiba terdengar bunyi teriakan polis dan derapan kaki yang mengejar. Rupanya ramai lagi peserta BERSIH di laluan kami tadi. Kami mengambil kesempatan untuk keluar dan cuba meneruskan perjalanan namun ternyata ada sebahagian lagi anggota polis menunggu di tempat yg sama. Tidak ada jalan tikus yang boleh kami mencelah kerana deretan kedai menyebabkan kami terpaksa menunggu.

Sehingga tengahari. Polis yang berkawal mungkin penat dan berehat sambil makan. Kami mengambil kesempatan untuk cuba melepasi mereka. Pada anggapan kami,mungkin kami akan terlepas kerana mereka sedang makan tengahari. Melepasi beberapa polis yang berunifom dan mereka hanya sekadar melihat kami namun merapati kumpulan polis yang sedang duduk tiba tiba polis yang tidak berunifom bangun mengejar dengan cota sambil berteriak. Kemudian rakan rakannya yang lain turut bangun. Kami terpaksa tergesa gesa berundur. Suami mengisyaratkan agar masuk ke jalan lain sedang yang lain berundur ke jalan tadi.

Kami berhenti di bangku batu bawah pokok bersebelahan tandas awam. Di situ ada SB yang sedang duduk. Awalnya cuma kami kemudian entah dari mana ramai pula peserta yang muncul dari celah bangunan. Kemudian kami solat zohor di kaki lima bangunan yang diikuti oleh peserta lain.

Meneruskan perjalanan melalui lorong hingga terjumpa jalan mati, menyusuri sungai kemudian sampai di Stesyen LRT. Hujan yang turun menyejukkan dan menyegarkan badan yang kepenatan. Ramai yang berteduh di stesyen LRT tersebut. Termasuklah ramai juga SB SB yang berkeliaran. Mungkin mereka menyangka kami tidak mengenali mereka namun seperti sudah tertulis SB di dahi mereka. Suami cuba mendapatkan tiket untuk ke pudu namun diberitahu laluan ke Pudu ditutup. Saya sendiri tidak tahu di mana kami berada. Suami mencuit dan menunjukkan arah bawah. 2 buah trak polis baru sampai di bawah stesyen. Bimbang tangkapan akan dibuat di situ, Kami berlalu sambil mencuit beberapa peserta yang bersama sama kami sepanjang perjalanan tadi.

Berjalan terus meredah hujan. Melalui jalan raya dan lorong lorong. Berundur dan mengelak bila ternampak polis. Akhirnya kami sampai di Jalan Petaling dan terus ke masjid India. bau yang kurang menyenangkan bila sampai di perkarangan masjid India. Hidung terasa sebu dan mata mula pedih. Rupanya gas baru saja dilepaskan di kawasan tersebut. Bertanya khabar dengan beberapa muslimat yang berada di situ. Tak lama kelihatan sekumpulan peserta yang tergesa gesa berlari dikejar polis dan FRU. Kami berundur ke belakang bangunan,melintasi jambatan dan menuju ke jalan besar. Ramai yang berada di situ. Melayu, cina dan India. Sebahagiannya masih menyapu mata dengan tuala kecil. Episod perjuangan sudah bermula.

Hati kecil saya gembira bercampur cemas. Hasrat untuk berkumpul dalam satu kumpulan yang besar hampir terlaksana. Cemas mengigatkan pedihnya gas pemedih mata yang mungkin akan kami hadapi namun untuk perjuangan, ianya sesuatu yang wajib kami tempuhi. Tak lama berada di situ. Di belakang kedengaran laugan takbir, Bersih dan reformasi. Terasa teruja bila muncul kumpulan yang besar diketuai oleh cikgu Bard.

Suami terpisah dari kami bila dia masuk kebarisan depan dan kami masuk ke barisan tengah. Bersemangat rasanya bila dapat bersama bertakbir dan menyuarakan hasrat rakyat untuk menikmati keadilan dalam memilih pentadbir negara. kami yakin hasrat kami itu tidak salah atau menyeleweng apatah lagi menderhaka pada tanahair sendiri. Tak tersedar bila masanya saya dan Anis terpisah dari abang Din. Di kiri kanan depan dan belakang ternyata rata rata anak anak muda yang berjiwa kental. kami diminta oleh seorang pemuda untuk berjalan disebelah tepi untuk memberi laluan kepada Dr Hatta yang rupanya berada di belakang kami. Di depan kami seorang muslimah berjalan tanpa kasutnya namun dia tetap meneruskan perjalanan. Bergandingan berjalan bersama kaum cina dan India. Melalui jalan yang entah di mana riuh rendah bunyi hon kereta dan motosikal menandakan sokongan untuk BERSIH. Kaum India dan cina yang berada di tepi jalan mengangkat tangan tanda sokongan. Yang berada di jejantas bertepuk tangan, yang berada di tangga jejantas melompat turun menyertai kami.

Kepuasan yang tak terhingga. Kami berhenti bila diisyaratkan berhenti. Duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pimpinan Bersih. Ucapan tanpa sebarang pembesar suara kadang terdengar dari jauh kadang suara hilang dibawa angin lalu. Namun kesungguhan yang dipamerkan membangkitkan semangat kami. Untuk sekian kalinya saya bertepuk tangan untuk diri sendiri kerana menyanyikan lagu negaraku bersama sama warga negara Malaysia yang lain dengan rasa kecintaan kepada tanah air sendiri. Sesuatu yang tidak dapat difahami kenapa kecintaan kami pada tanah air ini dicemuh sebagai satu pengkhianatan hingga dilayan seperti penjenayah.

Perhimpunan aman kami diganggu oleh polis dan FRU. Maka bertempiaranlah peserta cuba loloskan diri. Saya dan Anis masih bersama. Memegang erat tangannya sebagai satu amanah yang mesti saya lindungi. Hanya mengikut langkah kaki peserta di hadapan saya yang rata rata lelaki muda. Hampir terjatuh namun sempat dihalang oleh seorang anak muda. keadaan makin tegang bila water canon betul betul berada di tepi kami. Muncungnya masih mengalir air kimia yang memeritkan. Kami terperangkap di tepi tembok batu. Jalan yang ada hanya di hadapan yang bersesak dengan peserta lain. Alhamdulillah rupanya ada lorong di tepi sebuah bangunan dan kami berlari ke belakang bangunan. Rupanya di belakang bangunan adalah jalan mati yang berpagar.

Merasakan agak selamat saya mengambil kesempatan duduk dan meneguk air minirel namun belum sempat menyimpan botol kami dikejutkan dengan derap kaki dan peserta yang makin ramai melarikan diri. Kami panik kerana jalan di hadapan kami hanyalah pagar berkawat hijau dan disebelahnya jalan yang agak jauh ke bawah.
Namun kami tetap bangun dan berlari menuju ke arah pagar. Beberapa anak muda yang berada di bawah menjerit agar kami ke hujung pagar. Saya tertanya tanya mungkinkah ada pintunya, untuk melompat adalah mustahil namun kami bertawakkal dan yakin Allah akan membantu menemui jalannya. Sampai di hujung tidak ada pintu untuk kami lalui, saya panik. Namun Allah masih membantu, seorang anak muda yang berada di bawah menarik pagar ke atas bagi membolehkan kami meloloskan diri. Tak tersedar bagaimana saya mengelongsor turun melalui bawah pagar yang di bawahnya berbatu. Kami berlari masuk ke sebuah restoren India. Tidak ada meja yang kosong. Saya menarik tangan Anis untuk duduk di meja bersama 3 remaja lelaki yang sedang merokok. Keadaan di restoren agak kecoh. Masing2 berusaha mencari kerusi yang kosong untuk menyelamatkan dari dikesan polis.

Sekejap saja depan dan tepi restoren dipenuhi polis dan FRU. Saya kira keadaan akan tenang dan selamat namun teriakan berulang kali polis yang mengarahkan supaya kami balik menyebabkan sebahagian besar yang berada di restoren tersebut berlari keluar menerusi belakang restoren. Saya memilih untuk berdiam di situ. Saya beritahu Anis, kita tak akan lari lagi. Kalau polis nak tangkap biar mereka tangkap di sini. kami kiranya sudah bernasib baik terselamat dari water canon. Lama kami berada di situ. Fru dan polis termasuk SB juga tidak berganjak. Sayang hp berkamera saya kehabisan bateri untuk kami rakam aksi mereka. Suami saya menghubungi untuk mengetahui kedudukan saya. Jelasnya suami bersama Ustaz Nik Abduh dan beberapa pimpinan lain terperangkap dekat KLCC. Abang Din pula terperangkap dalam MCDonald yang telah dikunci pintunya oleh pekerjanya.

Bila polis beredar,kami cuba untuk balik ke hotel penginapan Anis di Chow Kit. Menahan beberapa teksi untuk balik namun tak satupun berhenti walaupun kosong. Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan kaki pulang ke Chow Kit. Berpandukan arah jalan oleh kawan Anis melalui hp, kami berjalan walaupun badan mula terasa penat. Sampai di kampung Baru,suami bersama kawannya datang mengambil kami.

Kepuasan menyertai suara rakyat mengatasi rasa letih. Alhamdulillah walaupun perjalanan yang diambil jauh dan panjang namun saya kira masih bernasib baik berbanding pengalaman sewaktu PPSMI yang lebih mengetirkan kerana betul betul berada dalam asap gas pemedih mata. Pengalaman yang mengetirkan sebenarnya makin menguatkan jiwa kita. Semakin kita diasak semakin kita bersemangat kerana kita tahu permintaan kita bukan sesuatu yang salah. Perjuangan kita juga bukan hanya untuk diri kita tapi untuk anak cucu generasi mendatang. Perjuangan kita untuk membersihkan segala kekotoran. Itu keyakinan saya dan itu juga keyakinan mereka yang bersama sama dalam BERSIH 907.

Tahniah dan syabas buat semua peserta BERSIH 907 dan sekalung simpati pada pasukan keselamatan yang membenarkan diri mereka menjadi alat kepada pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Malah melakukan kezaliman kepada rakyat Malaysia sendiri. Ditangkap, kecederaan malah kematian yang berlaku akan menuntut keadilannya nanti. Mungkin PM dan menterinya serta ketua Polis malah SPR boleh menafikan namun mata lensa kamera dn video tidak mampu menutup kekejaman yang dilakukan. Ianya bukan saja menjadi parut yang terpahat dalam minda peserta BERSIH 907 tapi juga terpahat pada minda sejarah negara.

Saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan perjalanan saya pada hari yang bermakna ini. Bermula dengan dikurangkan rasa bimbang yang dicetuskan oleh media, dihilangkan sakit sendi, dipermudahkan sumaiyah untuk duduk bersama makciknya hinggalah diselamatkan saya dari water canon dan jalan mati. Benarlah bila kita membantu Jalan Allah maka Allah akan membantu kita.
Untuk sekian kalinya saya berazam untuk terus bersama dalam perjuangan ini. Selagi kaki terlarat membawa badan..selagi keadilan dan Islam belum tertegak..patah sayap bertongkat dagu..Perjuangan akan diteruskan.

Khamis, 7 Julai 2011

Bacalah!!! Supaya minda lebih celik....

Silapkah Agong terima wakil 62 NGO mengadap?


ULASAN “Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

azlanDalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

NONEInilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Nasihat” baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Buka laluan

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk BERSIH membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

NONEPerbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.

Apakah respons kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa BERSIH tidak memberi apa-apa makna kerana BERSIH masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

NONETangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.

Pedoman Tuanku

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

NONEAmat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.

NONESebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar BERSIH sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada BERSIH itu sebuah pertubuhan.

Jawapannya Tidak. BERSIH adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.

Tafsiran sempit

Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

azlanApakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status BERSIH sebelum ini, walhal BERSIH 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan BERSIH sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.

Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

NONENajib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, BERSIH digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.

Mkini

Rabu, 6 Julai 2011

Setuju Benar dengan pendapat ini...Anda??

BERSIH MENANG 150%..... ALASANNYA...

Terbaru..... BERSIH setuju adakan himpunan di Stadium... Hasil pertemuan dengan SPB YDP Agong... Tarikh tetap sama... alangkah baiknya jika minggu kuning yang di cadangkan Dr Asri juga di ambil kire..
Tindakan terbaru ini menunjukkan kemenangan BERSIH 150%... buktinya...???

Pertama.... hasrat himpunan itu ialah memberi kesedaran kepada rakyat terhadap korupsi dan penyelewengan dalam sistem pilihanraya Malaysia yang memberi kelebihan kepada BN. Ternyata mesej itu telah dikatahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia hasil dari momentum percuma dari Polis dan media balaci Kerajaan BN.

Himpunan bertujuan mengejutkan rakyat terhadap isu yang nak dibangkitkan...Jika tanpa himpunan, rakyat telah terkejut... maka ia satu kejayaan besar.. Ternyata umNO terperangkap kali ini.... Kekalutan yang berlaku sepanjang minggu akhir ini sangat menarik... BERSIH telah berjaya merakyatkan isu yang cuba diketengahkan yang mustahil disedari rakyat jika hanya menggunakan saluran media alternatif... Tanpa bayaran melainkan beberapa korban tangkapan.... BERSIH berjaya menyalurkan kempen mereka melalui media umNO hampir setiap hari!!!

Kedua... Najib telah terperangkap dengan menawarkan stadium untuk BERSIH... BERSIH telah menerimanya hasil pertemuan dengan YDP Agong... kita tunggu apa respon Najib... mungkin nak bagi stadium Cheras je kut.... kononnya orang tak ramai..agaknya la...

Ketiga.. Pihak polis tidak lagi boleh menahan mereka yang ingin menghadiri perhimpunan BERSIH kerana ia telah direstui melalui pertemuan dengan SPB YDP Agong... Semua tangkapan juga sepatutnya dibebaskan kerana tiada lagi alasan ingin promosi himpunan haram!!! Nampaknya jalanraya akan penuh dengan warna kuning kerana polis tak boleh tahan.. Yang dulu takut nak pakai ...boleh berani dah sekarang...yang dulu takut nak pergi...dah berani dah... hasilnya pasti mengejutkan... mai bisnesss.... mai bisness.... mesti untung maaaaaaaaaaaaaa....

Keempat...Pertemuan dengan SPB YDP Agong menolak tuduhan Hishamudin bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram... Takkan Agong nak jumpa dengan pertubuhan haram??? amacam hisham???? malu sendiri la... tersipu sipu ...auwwwwww.....

Terbaru lakonan pulak... Polis jumpa bom dan baju BERSIH bersama parang dalam kuantiti yang banyak... Syabas polis kerana cekap...tapi takkan jumpa barang je kut... tak jumpa orang... ni mesti kerja selendang merah kut..pakai ilmu ghaib..... kene tanya Omaq din sebab dia yang nampaknya berani nak silat pukul orang... Orang BERSIH tak main la pakai parang... kita pakai garam je...nak lawan gas pemedih mata... ha..ha...

Yang peliknya parang dan bom tu jumpa pakej dengan baju BERSIH sekali... ha..ha...ha.. lawak tahap gaban... gile babi.... Orang BERSIH memang siap pakai dari rumah la..yang tak berani sorok tempat strategik..bukan dalam pasu bunga... Polis kene cari sampai jumpa sapa punya... jangan lepas 9 Julai... tutup kes....

Ni mesti kerja upahan.... Orang BERSIH pergi sendiri sendri... baju simpan dalam tayar, dalam seat kereta... takut kene tahan... tak main la sorok berbundle bundle....

Syabas dan tahniah kepada perancang BERSIH kali ini...belum jadi dah menang 150%..... Memorandum sampai kat Agong sebelum hari perhimpunan...semua rakyat dah tahu tentang BERSIH

dari Anaksengat..

Selasa, 5 Julai 2011

Jawapan Terbaik SPR: Daftar automatik susahkan rakyat...


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

SPR menjelaskan cadangan itu boleh menimbulkan kesulitan kepada pemilih ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

“Ini kerana jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan pemilih itu menetap di alamat tertentu.

“Sedangkan mereka telah berpindah ke alamat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN dan SPR, maka pemilih itu tidak didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama,” kata SPR dalam Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya terbitan Suruhanjaya itu.

SPR berkata jika ramai pemilih berpindah tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, ia khuatir pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi terletak jauh dari kediaman mereka.

MI

Segalanya kuning youuu....


Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat memakai petanda kuning.

Katanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH. Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut.

"Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'.

Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.

"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya di sini

#Nampaknya pihak BERSIH belum kata apa apa....tapi pak Brahim dah menunjukkan sokongan....Tak percaya????? Tengok ni....Kuning you!!!!!

Terbayang menguning semuanya..silap silap sawi kuningpun laku...

Isnin, 4 Julai 2011

Umno/Najib jangan senyum dulu...

Saat pertama membaca titah YDPA..teringat kes debat UMNO-PAS yang dibatalkan atas titah Agung..

Berulang membaca Titah Tuanku Sultan Mizan..cuba memahami apa yang tersirat disebalik yang tersurat...

Rasanya hampir pasti gerombongan Umno bergegak gempita seronok...
hip hip huree...Agong sokong kita!!!!

Jangan seronok dulu...jangan angkuh dulu..baca dan fahami apa maksud Tuanku di sini,,

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

Sementelah pula jiran di utara kita sedang bahagia dengan berita ini...

Kalau Thailand boleh..apa kurangnya Malaysia yang sinonim dengan Malaysia Boleh..

Semacam ternampak senyuman Najib dan Rosmah semakin suram...

Ahad, 3 Julai 2011

CARMA.....: Sampai bila???


Bersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

Fahami seruan Sasterawan ini......

##
Sudah sampai saat dan waktu untuk golongan intelektual menyahut seruan Pak Samad.
Sampai bila hendak menyepi dan hanya menjadi pemerhati di atas segala ketidakadilan...
Sampai bila hanya ingin menjadi 'Carma'

Sabtu, 2 Julai 2011

Terhangat:sekali terjah..2,8000 PAS Kelantan masuk Umno


Sekali najib dan Rosmah mendarat di kelantan..2,800 orang PAS Kelantan berpaling tadah..Habislah Kelantan...20 ribu sambut gerombongan Najib...Hebat!!!Baca sini dan sini

Lagi hangat yang masuk Umno tu sedara TGNA...panas..panas..apa lagi musim sekarang terkadang panas melampau...Hebat sungguh UMNO...

Hebat Najib boleh tarik ramai orang PAS menyeberang..
Hebat juga tak sangka puluh ribu rela bersusah,berpanas menyambut Najib n Rosmah..
Hebat juga Najib boleh pikat hati sedara rapat TGNA ...

Cuma kurang hebat sebab Najib gempur Kelantan masa tuan rumah tak ada..
Cuma kurang hebat sebab yang menyambut rela dalam paksa..

Teringat Nasyid kumpulan Raihan...

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada ditepian pantai...

kesian Menteri ni...


Kesian pak menteri ni...dia tak tahu apa yang berlaku dalam kementeriannya sendiri..baca sini

Cuma ada 2 andaian...

Pertama...pak ni menteri makan gaji buta..

Kedua....Dia lempar batu sembunyi tangan...atau kura kura dalam perahu..buat buat tak tahu..

yang terkesan media..yang tertipu rakyat..yang teraniaya PR...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails