Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 28 September 2010

Soalan Cepu Mas...Pengundi mana tersilap pilih????

Pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang.

Baca lagi

# Pengundi DUN Galas yang tersilapkah atau pengundi Parlimen Bera yang tersilap pilih wakil mereka???

Nilailah sendiri...

Isnin, 27 September 2010

Perginya seorang pejuang ...Al Fatihah

Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.


Al Fatihah.


# Hilang seorang yang komited dengan perjuangan Islam. Penghujung hidupnya berakhir dalam perjuangan Islam. Yang masih hidup bakal meneruskan perjuangan yang arwah tinggalkan. Moga anak anaknya akan menjadi penyambung perjuangan.

Ahad, 26 September 2010

Malunya..meludah ke langit terkena muka sendiri...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

# Memang dah jadi rahsia umum premis judi yang tumbuh melata di bumi tercinta Malaysia adalah dari restu Kerajaan BN. Bahkan gegak gempita sekejap bila judi bola diberikan lampu hijau semata mata kerana demam bola.

Semakin banyak fitnah yang cuba mereka palitkan semakin banyak kebusukan dan kecurangan mereka akan terbongkar..

Jumaat, 24 September 2010

Terungkai teka teki 4 billion...


Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut.

Khamis, 23 September 2010

Ringannya Zina...

Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini, semalam.

"Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini...sumber

Kes ini satu dari berpuluh mungkin beratus atau beribu kes yang seumpamanya yang melibatkan remaja dan zina. Saban hari dipaparkan kes zina samada sukarela atau dipaksa.
Malang sungguh usia yang sepatut dimanfaatkan untuk menuntut ilmu dinodai dengan zina.
Inilah akibat bila makin jauh dari ajaran Islam.

Apakah sekolah Hamil yang lahir dari 'idea genius' KM Melaka berupaya membetulkan semua kepincangan ini? Atau apakah adanya sekolah Hamil ini memberikan satu peluang baru bagi penggemar zina.."apa susah..kalau termenggandung kerajaan ada sediakan sekolah hamil..." senang bukan??? Semudah ABC...

Wahai ibu bapa,bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Hanya Islam yang menjadi penawar kepada semua kepincangan ini.

Sesekali checklah hp anak anak...smsnya, imejnya, videonya...Sesekali juga checklah Facebook anak anak..apa isinya,apa gambarnya..
Ingat!!! Anak adalah amanah Allah..

SWT berfirman di dalam At Tahrim ayat 6.

"Quu anfusakum wa ahlikum naaron" (Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka)

Rabu, 22 September 2010

Baitullah...aku rindu padamu..




kebetulan yang Allah tentukan dalam masa kurang setengah jam...
1..baru diberitakan seorang teman rapat akan berlepas ke Mekah
2..Menerima mesej post tentang Madinah dari teman Blogger
3..Terjumpa pula artikel Baitullah

Lalu....rindu makin terasa....makin mendalam....

Selasa, 21 September 2010

Renungkan wahai Melayu Islam.....

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber

# Kisah ini dipostkan dengan rasa syukur,terharu dan malu..
Bangga dan bersyukur kerana bertambahnya umat Muhammad walaupun bukan berbangsa melayu...terharu dan malu kerana seorang saudara baru lebih faham dan tahu peranannya sebagai seorang muslim berbanding mereka yang lahir dalam keluarga Islam.

Apa pula peranan kita??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails