Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 29 April 2010

Lagi tangan ghaib sekat kebebasan media..


Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM sehingga menyebabkan penerbit Joshua Wong terpaksa meletak jawatan, kini penerbit TV2, Chou Z Lam pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.

Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.

"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri).

Baca lagi...

# Seperti mana HARAMnya cerita positif tentang PR keluar di kaca TV,maka begitulah juga HARAM hukumnya cerita cerita berunsur negatif tentang kerajaan BN keluar di kaca TV. Yang WAJIB keluar ialah ini jasa Barisan Nasional...ini 'ribu ribu sumbangan' dari BN, ini juta juta peruntukan dari BN..bla bla lagi.
Sampai bila rakyat mahu membiarkan diri dan minda mereka terus dikawal seperti robot?

Yang berikut adalah episod siri dokumentari yang dijadualkan:
(yang dikatakan mempunyai unsur negatif)

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)

Rabu, 28 April 2010

Tok Him Perkasa Berang lagi....



PERKASA kembali cuba meraih perhatian selepas PRK Hulu selangor.

Baru saja UMNO nak bergembira sakan dengan kejayaan merampas kerusi Hulu Selangor (walaupun yang bertanding MIC). Dr Chua Soi Lek juga baru nak mengkaji perbandingan undi dalam prk P94 dan PRU 12 (walaupun dah ramai blogger PR keluarkan angka perbandingan)..tiba tiba Tok Him yang perkasa beri amaran pada sekutu UMNO....

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran orang Melayu tidak akan mengundi calon-calon yang diletakkan oleh MCA dalam pilihan raya umum akan datang.

“(Oleh itu) mungkin MCA boleh menyalahkan Perkasa (kelak),” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.



“Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” kata beliau lagi sambil menambah, pengundi Cina sudah mula membenci MCA sebelum kelahiran Perkasa.



lebih lanjut baca di sini



Pak Jib mesti pening dengan Tok Him..kemenangan Hulu Selangor tidak melambangkan penyatuan antara BN dan kroninya. Apapun MCA tak perlu risau...PERKASA cuma panas panas sop tulang je..dah sejuk habis beku jadi lemak...



Masih teringat Tok Wira PERkasa yang beri kata dua p
ada Gerakan supaya minta maaf kalau tidak Perkasa akan bertindak...alih alih tindakannya cuma bagi buku perlembagaan..



Tok Him cuma panas punggung...PRU 13 dah dekat..dengan PAS dan PKR dah sah kena tolak tepi masuk parit...dengan DAP lagi lah jauh panggang dari api...harapan hanya dengan UMNO...kalau UMNO pun tolak pak Him ke tepi..daftar je PERKASA jadi parti politik...masuk bertanding guna lambang 'frog'..cam di bawah ni..


Apa komen Pak HIM tentang kes anak melayu yang baru berusia 15 tahun yang ditembak PDRM? Mana pembelaan PERKASA?

Kes Pelajar Sekolah Di Tembak Polis,

Syabas dan tahniah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Noh Omar yang nampaknya begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh pihak polis awal pagi semalam. Biarpun berbeza haluan, namun perkara yang baik seperti ini haruslah disokong oleh seluruh rakyat yang cintakan keadilan. Noh yang telah menyatakan perasaan simpati atas kejadian yang menimpa pelajar sekolah tersebut hari ini berharap agar kes tersebut disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

Beliau, selaku Menteri Pertanian Dan Asas Tani akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok. Beliau juga bersedia untuk memberikan bantuan guaman supaya keluarga terbabit menyaman polis dan juga Kerajaan Malaysia yang diwakili. Bahkan beliau berharap pihak keluarga mangsa juga dapat mengadu hal tersebut kepada pihak Suhakam untuk tindakan selanjutnya. Sememangnya kes ini tidak wajar untuk disensasikan dan sepatutnya apa yang dilakukan oleh Noh omar ini dicontohi dan didahului oleh pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebenarnya. Oleh itu diharap lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan tanpil untuk membantu keluarga mangsa yang kini masih dalam trauma itu.

Sementara itu Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus. Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media. Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak. Beliau telah membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi. Menurut Khalid, beliau telah meminta ketua polis jamin keselamatan saksi ini dan tidak ada usaha untuk mengubah keterangannya. Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media. Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.


Wajah mangsa tembak, Allahyarham adik Aminulrasyid
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas. Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

[Kes yang cukup menyayatkan hati dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Anggota polis tidak harus sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk melepaskan tembakan rambang terhadap mangsa yang belum disahkan sebagai penjenayah itu. Malah, mereka boleh mengejar kereta mangsa dan menahannya jika perlu tanpa menggunakan kekerasan. Kini segalanya sudah berlaku dan tindakan tatatertib yang tegas perlu dikenakan terhadap anggota polis yang telah melakukan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, semua pemimpin politik harus bersatu hati untuk mendesak agar tindakan tegas yang telus dan adil diambil terhadap mereka yang terlibat. Usahlah dipolitikkan kes ini kerana ia berlaku dalam keadaan tidak dirancang sebenarnya. Jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna dan semua pemimpin boleh bersatu hati dalam mana-mana kes seperti ini di masa hadapan. Tindakan Noh Omar juga amat mengejutkan, kerana selama ini pemimpin UMNO banyak mempertahankan segala tindakan yang dilakukan oleh pihak polis. Apakah kini mereka sudah sedar?].

Pahang daily



Isnin, 26 April 2010

Tiada pemenang di Hulu Selangor????

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini. Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.


"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh. Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".


Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi. PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak.


Pakatan Rakyat perlu muhasabah


Selain itu, Bridget Welsh berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dari PRK ini. Menurut Bridget, PR harus berkempen dalam satu pasukan, malah dalam PRK ini, PR lebih berada pada kedudukan "mengawal" (defend), dan agak perlahan langkahnya pada peringkat permulaan. Beliau menjangkakan keadaan mungkin memihak kepada PR seandainya tempoh berkempen dipanjangkan.


Pada pandangan Bridget, sungguhpun strategi BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid (gambar kanan) dan menabur gula kelihatan berkesan, namun taktik ini telah menjadikan kemenangan ini tercalit. Beliau menganggap Zaid Ibrahim seorang calon yang baik dan berwawasan, tetapi lemah dalam strategi kempennya.



"Saya merasakan tiada pemenang yang sebenarnya dalam PRK ini. Malah pengundi Hulu Selangor juga bukan pemenang yang sebenar. Walau bagaimanapun, saya masih dalam pengamatan," katanya.


Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.


Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.


Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.


PRK Ijok?


Apa yang menarik, PRK Hulu Selangor agak menyerupai PRK Ijok pada tahun 2007 dalam banyak perkara. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi turun ke kawasan pengundian tiga hari sebelum mengundi, apabila keadaan agak mencemaskan buat pihak BN. Apa yang berbeza, bekas PM Mahathir Mohamad tidak dibawa bersama. Namun, kempen BN yang diketuai Najib pada ketika itu juga mengerahkan jentera kerajaan sepenuhnya.


Dalam kedua-dua PRK ini, budaya rasuah, ugutan, samseng bermaharajalela. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak memperlihatkan "keberkecualiannya", apabila masalah senarai daftar pengundi, pertukaran pusat mengundi masih berlaku.


Jika dilihat kejadian keganasan yang berlaku, PRK Hulu Selangor mungkin gagal menandingi PRK Ijok, kerana calon PKR ketika itu, Khalid Ibrahim dibaling dengan air botol semasa berkempen. Malah pada hari penamaan calon, Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) mengetuai penyokong BN untuk bertelagah dengan PR. Poster "Sedia Gempur" kelihatan di mana-mana, malah berlakunya perang membaling air botol dan pertembungan fizikal.


Kedua-dua PRK ini memperlihatkan kecenderungan pengundi Cina untuk menyokong PKR. Walaupun PKR tidak menang di Pekan Ijok, kawasan pengundi Cina majoriti, namun PRK hanya tewas nipis, memperlihatkan pola pengundi Cina yang menyebelahi PKR.

Kamalanathan MP baru Hulu Selangor..

Sah Kamalanathan menjadi MP Hulu Selangor. Dengan pertambahan Majoriti sebanyak 1725 ternyata segala jerit payah dan taburan ringgit di Hulu Selangor berbaloi baloi. Takziah buat pengundi Hulu Selangor terutama pengundi di Kawasan Felda...kerana hayat BN bersambung dengan undi orang Felda selain undi pos yang memang diketahui orang dulu,kini dan selamanya Umno akan menang undi Pos.

Cuma kesian juga pada Kamalanathan,dalam ramai yang meraikan kejayaan beliau sebentar tadi namun tak nampak kelibat Presiden dan orang kuat MIC. Apa cerita???

Apapun tahniah dan syabas buat semua petugas PAS,PKR dan DAP,juga tahniah buat team blogger PR yang telah berusaha gigih. Yakin bahawa kekalahan hanyalah salah satu dari asam garam perjuangan.

Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk mengubah dan membebaskan minda rakyat.

Sabtu, 24 April 2010

Gambar 'berhantu' Teoh...

Teoh Beng Hock walaupun telah lama meninggal rupanya mempunyai aura tersendiri yang menakutkan pihak tertentu. Gambar yang sedang tersenyum manispun rupanya menjadi igauan ngeri.Kain rentang berukuran 22 X 12 kaki itu memaparkan gambar Teoh yang tersenyum dengan tertera perkataan “Keadilan untuk Beng Hock” dan diletakkan di jalan utama menuju Batang kali.

Selain itu, ia juga tertera perkataan Cina yang menggesa supaya mereka yang mengakibatkan kematiannya dihukum.

Samada gambar tersenyum Teoh itu dilihat menakutkan ataupun perkataan yang tertera yang menakutkan sehingga SPR campurtangan untuk menurunkan kain rentang tersebut...Ngerinya..




sumber

Rais Dan Zahid Hamidi...Pak Menteri Yang Bijaksana???


Kata Datuk Seri Dr Rais Yatim isu-isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu APCO Worldwide tidak sesuai dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman.

Beliau berkata masyarakat pedalaman lebih berminat mendengar isu-isu setempat seperti pembangunan pendidikan, pekerjaan dan gaji berbanding isu nasional seperti APCO.

Orang kampung tak kisah mengenai perkara besar tetapi melibatkan isu-isu setempat yang membelenggu mereka setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah di sini.

Janganlah merendahkan orang kampung....Datuk Seri ingat orang kampung ni tak berfikir ke? Benar orang kampung kurang arif pasal isu besar seperti APCO kerana itu mereka perlu diberi tahu sesuatu yang berkait dengan keselamatan negara.

Zaman 'hanya BN saja boleh beri pembangunan' dah berlalu, "Kalau tak ada BN, jalanraya tak ada,paip tak ada".. dah lapuk.

Pelik juga..Datuk Seri buat kenyataan selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK)...tak bimbang ke kot kot orang kampung tanya pak google pasal APCO...


Tindakan berterusan pembangkang mempertikaikan setiap keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara harus dihentikan segera, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata pembangkang, khususnya Anggota Parlimen perlu berfikir secara rasional sebelum mengemukakan bantahan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. “Sepatutnya kita sebagai ahli Parlimen, pembangkang atau kerajaan, demi untuk kepentingan negara kita harus pertahankan bersama-sama. Bukan dengan cara mencari kesalahan untuk mencipta kesalahan.

Ni sorang lagi Datuk Seri..pasal faham dan sayangkan negaralah maka PR mempertikaikan setiap tindakan yang tidak rasional. Mencari kesalahan untuk diperbetulkan demi kepentingan negara bukan menyokong membabi buta atau sekadar 'MP Yes Madam'.

Yang tak paham tang ni....."Ahmad Zahid berkata dakwaan tersebut tidak rasional sama sekali kerana
apa yang dimeterai sekarang akan hanya diperolehi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang di mana sudah pasti keadaannnya akan berubah".

Barangkali payah nak paham sebab Pak Menterinya Bijaknya duk sana....

Jumaat, 23 April 2010

Orang Mohamad Taib boikot MIC??

Sejauhmana sokongan ahli Umno terhadap calon MIC, P. Kamalanatahan di Hulu Selangor?

Walaupun pengundian hanya berbaki kurang dari tiga hari, bibit-bibit perpecahan Umno-BN di Hulu Selangor kekal wujud.

Terbaru, penyokong tegar Muhammad Taib, calon yang sebelum ini disokong oleh akar umbi untuk dicalonkan secara terbuka memboikot jentera dan bilik-bilik gerakan sempena Pilihan raya Kecil ini.

Pengikut setia itu yang juga kenalan rapat erapakatan.com mendedahkan bahawa dari awal lagi mereka enggan turun berkempen untuk calon MIC itu kerana ia jelas menolak kata-kata Najib Razak sendiri.

Menurutnya, Najib sebelum penamaan calon menegaskan akan memilih calon berdasarkan denyut nadi rakyat, tetapi hasilnya calon pertengahan, P. Kamalanathan dipilih untuk mewakili BN, walaupun jelas ia langsung tidak dikenali oleh pengundi di kawasan itu.

“Sebenarnya ada lima calon yang dikemukakan di Putrajaya untuk dipilih oleh pucuk pimpinan BN, di mana empat daripadanya adalah Melayu dan seorang lagi dari MIC.

Tetapi mereka tetap memilih MIC walaupun jelas majoriti ahli Umno mahu calon kami diletakkan.

Antaranya ialah Tan Sri Mohd Taib,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka mengambil keputusan untuk memboikot PRK ini yang hampir keseluruhan bilik gerakan didominasi oleh orang kuat bekas Menteri Besar Umno itu.

Dengan baki kempen kurang dari 36 jam, jentera BN dalam PRK kali ini nampaknya kian tertekan dengan perkembangan itu termasuklah terpaksa menjemput kedatangan Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini berjanji enggan turut berkempen yang dipercayai ada kaitan dengan kalungan selipar terhadapnya oleh perwakilan MIC tahun lalu.

sumber

Khamis, 22 April 2010

Ayat POWER Najib lepas balik jumpa Obama


Datuk Seri Najib Razak (gambar) mahu penduduk di Hulu Selangor menolak terus calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen kawasan itu Ahad ini.

“Kita reject dia (Zaid) sajalah, kita pilih BN biar kita kekalkan dia sebagai barang reject,” kata Perdana Menteri ketika berucap di bilik gerakan BN Hulu Bernam malam tadi.

“BN sudah mengenali Zaid luar dan dalam tentang siapa sebenarnya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

# Zaid letak jawatan sebagai menteri dulu atau dipecat dari umno dulu..Barang reject ni biasanya yang memang dah dibuang,tak suka atau tak nak dah.. Pak Jib jangan lupa ramai dalam BN yang dikira barang reject antaranya Kak Ijat yang Pak Jib angkat jadi menteri.

Pak jib kata Bn dah kenal Zaid luar dan dalam...hebat!! Harapnya kenal luar dan dalam juga KJ,Hishammudin,JJ,Ali Rustam,Presiden MCA dan yang sepesen dengannya.

Najib menambah, gagasan 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat sehingga mengatasi jenama barangan popular yang lain.

“Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka,” kata beliau dipetik Bernama.

# Pak Jib nak samakan IMalaysia dengan makanan kah??? Milo..KFC..BOIKOT BOIKOT...!!1Malaysia boi...???Awat Pak Jib tak sensitif dengan nasib umat Islam di Palestin ka?? Buatlah bandingan dengan sate ke roti canai ke?

Semua orang suka 1Malaysia..ya ka?? Yang sangat sangat suka mesti Kamalanathan...TPM kata nama Kamalanathan lambang 1Malaysia...

Rabu, 21 April 2010

Begini jawapannya...alahai..

Sudah terlanjur gelangang PRK Hulu Selangor dibuka dengan isu arak oleh blogger pro umno untuk menyerang dan mengaibkan peribadi Datok zaid Ibrahim. Bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri. Pemimpin Umno turut terpalit sama dalam isu arak. Cuma yang membezakan hanyalah jawapan mereka. Lihat apa jawapan mereka bila ditanya wartawan.

Zaid Ibrahim:
mengakui itu sejarah silamnya dan mengaku telah insaf.

Khairy Jamaludin :
Mereka menggunakan foto yang kontroversial...


Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Hishammudin Tun Husein:
beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..."(I don't remember.)

Jelasnya Khairy dan Hisyam tidak menafikan cuma masih 'berkluk klek'. Awas! Siapa pula yang akan terus dikejar oleh wartawan. Akan ada pemimpin Umno yang mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena...
Tungguuuu...

Kamalanathan: True colour??so sweet....


Anak sapalah yang sopan santun sangat ni!!!
Umno berjaya ' memelayukan' Kamalanathan...
Jangan ada udang harimau di balik mee udah lah..

sumber

Patutlah ada yang menggelar Umno parti 'shit'...


Serangan peribadi terhadap Calon PKR Hulu Selangor,Zaid Ibrahim sekali pandang seperti membuka semua keburukan yang ada pada manusia bernama Zaid Ibrahim. Bermula dengan kaki minum arak tegar dan kini dengan 'kaki judi'.

Walaupun Zaid mengakui semuanya adalah kisah lampau beliau semasa bersama UMNO dan menafikan beliau kaki judi. Dalam ghairah blogger pro UMNO dan media talibarut UMNO memainkan isu ini,mereka terlupa bahawa mereka merancang dan Allah juga merancang,maka perancangan Allah adalah LEBIH Baik.

Isu yang mereka mainkan tak lebih hanya mengesahkan lagi itulah sikap dan tabiat yang telah berakar umbi dalam UMNO. Arak dan judi hanya tidak menjadi kesalahan sewaktu bersama UMNO tapi bertukar menjadi dosa besar bila berada bersama PR.

Amat memalukan dengan apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang :"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,”.

Separuh dari jemaah Menteri itu siapa? Hitunglah wahai ahli umno..Apakah sebahagian besar dari jemaah menteri kita bukan beragama Islam? Lim Kit Siang tentu tidak hanya bercakap kosong tanpa bukti dan sesuatu dalam pengetahuannya.

Memalukan! Bila seorang bukan Islam mencabar Umno dan menteri beragama Islamu ntuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Rupanya UmNO sarat dengan kekotoran dan 'shit'. Itupun masih ada yang buka mata hatinya untuk melompat masuk ke bahtera yang dah 'lamaaa daah'...

Isnin, 19 April 2010

Si katak galak melompat...


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

sumber

# Beliau menafikan melompat ke sinun kerana kecewa tak terpilih menjadi calon. Boleh caya ke??

Sebenarnya telinga dah kaleh mendengar bab lompat ni..kata orang alah bisa tegar biasa...dah tak heran. Apalagi setiap kali sidang akhbar pasal lompat ada seseorang yang sama ..

Berada dalam perjuangan bermakna akan terus diuji dengan pelbagai cabaran. Mana yang cekal akan terus dengan perjuangan..mana mana yang lemah akan gugur di tengah jalan samada menjadi 'futur' atau menjadi sang katak. Yang jelas gugur dan melompat pula ke bahtera yang hampir reput adalah tindakan yang tidak cerdik.

Mengata dulang paku serpih @ telunjuk lurus kelingking berkait..


Kata dia isu APCO sudah selesai.... Link APCO dengan PDRM sudah disiasat oleh PDRM dan rakyat juga sudah diberi penjelasan...

What?? PDRM sudah siasat?? Sudah selesai??

What a joke... Mamat ini bermimpi ke?? Mengingau ke?? Sleep walking ke?? Sober ke??

Link APCO dalam PDRM disiasat oleh PDRM?? Don't make lawak ler. PDRM siasat PDRM.... hancuusss!!! Sapa nak percaya weh.... Kredibiliti dan integriti PDRM serta bapaknya pun sudah barai dan menjadi persoalan, macam rakyat orang nak terima penjelasan mereka. Tak convinsing langsung!! Siasatan dan penjelasan lepas batuk di tangga... sapa nak percaya.

Macamlah juga siasatan kes pembunuhan altantunya dan kaitannya dengan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. Keadilan kepada Altantunya dilihat tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerajaan 1Malaysia.... Jadi, dengan siasatan yang dijalankan olen pihak pendakwa di Perancis, apakah misteri kematian akan terbongkar juga akhirnya... Moga- moga insyaAllah.

Yang tak bermotif dan menerima arahan... ke tali gantung. Tetapi yang bermotif dan dikaitkan terlepas.... bebas!! Siapa yang memberi arahan dan kenapa arahan diberi atau apakah motif pembunuhannya masih tidak dipastikan. Alamak.... sapa nak percaya. Dengan menggunakan mahkamah, depa nak paksa kita percaya. Ha... ha... ha... Soriler!!

Deepak dan Nazim macam mana?? Kata pihak mereka, PDRM sudah soal siasat tetapi kenapa orang sukar nak percaya??? Sebab, yang siasat.... PDRM!! Apabila diasak dan diasak dengan soalan yang sama, menteri mereka got agitated... naik angin dia weh!! Ituler sebabnyer, orang susah nak percaya pada PDRM dan juga kata menteri mereka. Persepsi orang..... ada cover-up.

Ali Rustam pulak mempersendakan Zaid pasal isu minum arak. Eleh... dia ingat dia bagus sangat. Sudah terbukti rasuah tetapi kekal Ketua Menteri. Memang rakyat parti shit ini tak mahu berubah!! Orang rasuah jadi tetap jadi pilihan. Tengok saja Isa Samad.... dihukum rasuan tetapi dipilih jugak jadi YB. Kalau dah shit tetap shit... takkan berubah punya.

Lepas tu, ada hati nak komen pasal Zaid Ibrahim. Aku tak kata minum arak tu boleh, tapi itu sejarah masa lampau dia. Itu pun kalau betul... Aku tak nampak, jadi aku tak berani nak kata. Apa yang aku boleh kata adalah kita sebagai manusia.... kita tak maksum daripada melakukan kesilapan baik kepada Allah SWT mau pun kepada manusia.

Tetapi yang penting ialah.... kita berubah. Perbaiki kelemahan kita. Berhijrah dari zaman jahiliah kita kepada yang lebih diredhai Allah. Itu yang jelas terpancar pada manusia bernama Zaid Ibrahim. Dia sanggup berubah demi kebaikan diri dan juga negara. Dari bergelumang dengan parti shit..... dia berhijrah kepada gagasan yang lebih bermaruah. Demi prinsip dia berubah... Dia ada kelemahan tetapi sekurang-kurangnya dia ada prinsip dan tidak pulak hipokrit.

Dan sekarang.... dia mengajak rakyat Hulu Selangor agar bersamanya untuk melakukan perubahan. Perubahan ke arah membentuk sebuah negara yang lebih sejahtera dengan memperbetulkan segala kepincangan dan kemusnahan yang telah dibuat oleh parti shit dan Barisan Najis mereka ke atas negara.

Itu Zaid Ibrahim.... Bagaimana pulak dengan calon BN si Kamalanathan?? Aku tak tahu apa pandangan rakyat Hulu Selangor terhadapnya. Sebab.... aku tak berada di sana untuk buat tinjauan. Tetapi... hasil tinjauan dan sembang-sembang aku dengan rakan-rakan non-Malays di sini, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Kamalanathan adalah UMNOdog. Siapa nak undi UMNOdog... kata mereka.

Persepsi non-Malays... kalau you attached yourself dengan UMNO, bermakna mereka akan reject you. Begitulah bencinya non-Malays kepada UMNO. Mereka lihat UMNO sebagai penindas, not only to the non-Malays but to the Malays as well.... especially the Malays yang tak sehaluan dengan mereka. Mereka tak boleh dipercayai... You cannot rely on them for change. They will never change... coz', they want to maintain their status quo as the dominan power in BN. Selagi mereka in power.... they can do whatever they like.

The non-Malays melihat UMNO/BN.... tak boleh memberi keadilan kepada seluruh rakyatnya. Siapa yang nak mereka harapkan. They've got no other choice except Pakatan Rakyat, yang jauh lebih baik. Although PR belum begitu perfect, tetapi... kesungguhan mereka untuk melakukan perubahan for the betterment of the rakyat and the country jelas sekali.

Aku harap rakyat Hulu Selangor especially the non-Malays, mempunyai pandangan yang sama dengan non-Malays di sini supaya BN terus terkubur di sana.

Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup Rakyat!!

A mum of three Mohd

Sabtu, 17 April 2010

Isyarat awal prk P49...

Isyarat awal dari Prk Hulu Selangor bahawa suara orang Melayu yang selalu digahkan oleh UMNO dan yang sealiran dengannya sebenarnya tidak dipedulikan bila ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam yang bertindak menjadi calon bebas dipecat dari menjadi ahli parti tersebut.

Mana si gagah PERKASA???


HULU SELANGOR, 17 April — Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlangsung pagi ini.

Lensa kamera di Hulu Selangor 5























Terkini Di Hulu Selangor

PRK P94Hulu Selangor saksikan pertandingan 4 penjuru antara Zaid Ibrahim (PKR), Kamalanathan (BN), Johan Md Diah (Bebas) dan VS Chandran (Bebas

Lensa kamera di Hulu Selangor 4














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive