Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 22 Disember 2009

Brapa kali runtuh daaa...


Elok saja tirai 2009 hampir nak berlabuh berlaku lagi keruntuhan di Terengganu Darul Iman..tempat tumpah darahku..Apasallah Terengganu ni minat sangat dengan runtuh..kalau durian runtuh okey jugalah.

Kalau Ctkay's kata cap ayam, memang sesuai..Harga stesen Bas Kuala Berang yang runtuh bukan sikit...RM 4.2 juta..banyak tu..mahal srupa bedil..kata orang ganu..Tapi yang mahal srupa bedil tulah yang asyik nak runtuh...

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Rasanya MB mesti pening kepala..Dalam sidang dewan agaknya bertalu talu soal runtuh ni berdendang..Tu belum protes senyap terhadap wibawa MB. Nasib MB Mat said..zamannya banyak benda nak runtuh..


gambar dr ctkay's n pemuda Bt6

Isnin, 21 Disember 2009

Surat Dari Iblis...Untuk renungan dan iktibar

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun



Umno dakwa Gerakan PP tak buat kerja lepas hilang semua kerusi

UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu memandangkan Gerakan tidak mengadakan program menarik semula sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan semalam setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya.

Menurut beliau, sekiranya Gerakan meneruskan program yang baik untuk BN di Pulau Pinang, beliau berpendapat UMNO sendiri boleh membantu.

“Soalnya dia tak ada program, selepas kalah pilihan raya dulu tak ada buat apa-apa, itu yang Ketua UMNO Pulau Pinang rasakan kalau Gerakan tak buat kerja, biar UMNO buat kerja.

selanjutnya




Ahad, 20 Disember 2009

PR Ikrar Pertahan Islam Sebagai Agama Rasmi



SHAH ALAM, 19 Dis:
Kedudukan agama Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang terkandung dalam empat dasar Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, menyedari Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak-hak agama lain akan tetap dijamin bagi memastikan keharmonian kaum dikekalkan.

"Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

"Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ka dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama," menurut buku laporan dasar Pakatan Rakyat yang diedarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat itu menyaksikan kehadiran lebih 1,500 orang perwakilan dengan setiap komponennya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diwakili oleh 500 perwakilan.

Isu agama terkandung sebagai perkara ketiga Dasar Pakatan Rakyat di bawah prinsip keadilan sosial dan pembangunan sosial.

Malah, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga komponen parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP turut bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji isu-isu berkaitan agama dengan mendalam.

"Pakatan Rakyat berikrar untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah," katanya.

Selain itu, tiga lagi dasar yang dipersetujui oleh gabungan berkenaan ialah:

Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

b. Pemisahan Kuasa.

c. Sistem Pilihan Raya Yang Bersih, Bebas dan Adil.


Memacu Ekonomi Berprestij Tinggi, Mapan dan Adil

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan.

e. Tenaga Kerja.

f. Jaringan Perlindungan Sosial.

g. Perumahan.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam.

i. Alam Sekitar.


Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan.

b. Sabah dan Sarawak.

c. Dasar Luar Negara.

Pas Perak

DIALOG ANTARA SAYA DENGAN NENEK (SURGA DAN NERAKA)


Jalan jalan ke blog blog,terjumpa satu entry yang menarik..mungkin boleh membuka minda kita bila berdepan dengan non muslim....
Fikir fikirkan..



Pada suatu hari ketika saya berada di rumah neneknya yang bukan beragama Islam, saya ternampak nenek sedang bercakap sesuatu dengan patung tuhan(tokong cina). Lalu saya tanya kepadanya…

Hafiz Ng : Nenek cakap apa itu?

Nenek : Saya minta nenek moyang memberi perlindungan kepada kita semua.

Hafiz Ng : Nenek…patung itu nenek moyang ke atau tuhan?

Nenek : Patung itu bukanlah tuhan.

Hafiz Ng : Kalau macam itu..kenapa nenek menyembahnya dan meminta pertolongannya?

Nenek : Ini adalah amalan orang2 dahulu hingga sekarang.

Hafiz Ng : Ye…ke ! nenek sudah pasti ke, cara itu boleh menjamin selamat didunia dan akhirat?

Nenek : Itu saya tidak tahu, Cuma saya ikut saja

Hafiz Ng : Kalau begitu….orang masuk kedalam neraka, takkan nenek nak ikut juga!

Nenek : Itu jangan risau sebab bukan saya seorang yang masuk, ramai kawan-kawan saya akan ikut sekali. Manalah tahu nanti, neraka itu tak muat untuk semua orang dan saya dikeluarkan semula untuk dimasukkan kedalam syurga.

Hafiz Ng : Aduhai……ada saja alasan nenek ini. Yang saya risau ialah orang lain yang dipilih masuk ke syurga dan bukanlah nenek,……macammana nanti..?.

Nenek : Saya ini makan garam lebih banyak dari kamu, tak kanlah saya tidak tahu.

Hafiz Ng : Betul nenek cakap itu tapi nenek tahu tak, saya ini makan KFC(Kentucky Fried Chicken) lebih banyak dari nenek….

(Kali ini nenek saya tak dapat nak cakap apa-apa lagi). Nenek saya adalah seorang yang sangat baik cuma dia tidak memeluk Agama Islam sampai akhir hayat. Nenek saya meninggal dunia ketika beliau berumur 97 tahun. Kisah ini telah memberitahu kepada kita tentang pemahaman non muslim terhadap ketuhanan, syurga dan neraka. Mereka ini suka menggunakan logika akal. Kita boleh ikut logika akal dalam agama tapi dengan syarat mendahulukan Al Quran dan Sunnah Nabi terlebih dahulu. Contohnya shalat subuh ada dua rekaat, takkanlah kita nak buat sampai lima rekaat, ikut logika akal...memamglah bagus!.. Tapi kita tidak mendahulukan Al Quran dan Sunnah Nabi. Kesimpulannya logika akal yang kena ikut Al Quran dan Sunnah Nabi ,....bukan disebaliknya.

# kata kata yang dimerahkan di atas sebenarnya bukan hanya diucapkan oleh non muslim tapi juga selalu keluar dari mulut orang Islam yang jahil...yang sering beranggapan perkara agama adalah satu perkara remeh...

Hafiz Ng

Jumaat, 18 Disember 2009

Maal Hijrah: Bilakah Islam kan kembali berdaulat?

othmaniyyah 1431 tahun sudah tersurat
Dalam lipatan sejarah yang dipahat
Islam dijulang paling tinggi martabat
Jahiliah kalah kufur merempat

Ribuan tahun Islam diangkat
Hukum tertinggi bernegara didaulat
Negara makmur, aman dan berkat
Turut perintah Allah, semuanya taat


1924 khilafah Islam terakhir dinobat
Sultan Hamid ke 2 lemah tapi bukan penjilat
Ada prinsip tak gadai pada Barat
Tapi akhirnya runtuh tak dapat disekat

Negara bangsa muncul di banyak tempat
British, Itali, Perancis, Belanda dll meratah lazat
Menjajah menindas cukup jahat
Bumi Islam bersama umat

Kemerdekaan diberi dengan bersyarat
Anak tempatan tapi berfikiran Barat
Memerintah negara dengan akal singkat
Dua kali lima tak ada manfaat

Puluhan tahun merdeka tapi masih sesat
Sekularisme jadi asas, Islam disekat
Kebejatan sosial, politik, ekonomi cukup tenat
Membarah dalam diri, keluarga dan masyarakat

Tiada jalan melainkan bertaubat
Kembali kepada sistem, Allah yang buat
Hijrah Nabi diambil jadi semangat
Islam mesti diperjuang, dijulang dan diangkat!


*Nukilan ustnik

Khamis, 17 Disember 2009



Salam Maal Hijrah 1431…

Semoga Allah memberkati kita dengan keimanan yang kukuh, diberikan rezeki yang berkat, akhlak yang terpuji, kesabaran yg tinggi,dipermudahkan untuk melakukan ibadah dan dilimpahi kasih sayang dari semua makhluk disekeliling kita...Amin.




Rabu, 16 Disember 2009

Catatan Disember 2009



Salam bertemu kembali

Lama sungguh tidak 'mengupdatekan' blog ini. Bahkan lama tidak menziarahi blog teman teman siber. Banyak yang tertinggal dan terlepas untuk diblogkan. Bukan disengajakan tapi berkebetulan hampir bermula cuti sekolah komputer pulak kena serangan virus.

Belum berakhir 2009 masih berbaki kira kira 13 hari lagi. Kiranya Penghujung 2009 ini mencatat banyak kenangan menguji kekuatan keimanan sebagai hambaNya.

Rabu 2hb Disember, kak Nah kakak yang hampir setahun keuzuran telah meninggal dunia. Kehilangan yang dirasai bukan saja oleh 7 orang anaknya tapi juga oleh 13 orang saudaranya. Meninggal setelah 2 hari koma. Kemuliaan yang Allah berikan untuk allahyarham bila hujan lebat musim tengkujuh reda bermula saat kematian hingga selesai jenazah dikebumikan dan kembali lebat sekembalinya kami dari perkuburan.
Bahkan kemuliaan juga untuknya bila Tuan Guru Haji Hadi turut menziarahi dan sempat solat jenazah di tanah perkuburan.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan mesti berlaku tapi sering dirasakan sangat jauh dari kita. Dan bila kematian seseorang yang dekat dengan kita barulah kita tersedar tentang hakikat kematian. Ajal tidak berganjak cepat atau lambat biarpun sesaat. Arwah kak Nah,pemergiannya adalah dijangkakan berdasarkan keuzurannya yang kian tenat. Walaupun ianya telah dijangkakan namun hakikat itu sangat berat untuk diterima terutama pada suami dan anak anaknya. Dalam payah untuk menerima bila ajal menjemput hanya redha dan doa mengiringgi moga rohnya bersama hamba hambaNya yang soleh.

Catatan duka belum berakhir bila seminggu kemudian menantu arwah pula keguguran anak kembarnya yang pertama. Bergandalah kedukaan anak saudara yang baru kehilangan bondanya. Hanya titipan pesanan moga dia tabah dengan ujian dan redha dengan takdir yang telah tersurat untuknya. Sesungguhnya Allah menguji kerana kasih kepada hambaNya. Kerana kesabaran menghadapi ujianNya diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Catatan Disember 2009 belum juga berakhir bila menerima khabar adik ipar pula dimasukkan ke hospital kerana masalah paru paru,hati dan buah pinggang. Alhamdulillah dibenarkan keluar setelah lima hari di hospital.

Hakikatnya semua yang berlaku samada terjadi pada orang dekat dengan kita atau orang yang jauh dari kita sebenarnya adalah satu peringatan dari Allah. Isyarat dari Allah..jangan sombong ..jangan angkuh..jangan lalai..jangan lupa..apa yang berlaku pada orang lain tidak mustahil terjadi pada kamu. Ingat dan ingat..apa bekalan kamu..apa persediaan kamu..tahap mana iman kamu..apa kamu buat dengan rezeki yang diberikan..apa bekalan iman yang kamu tinggalkan untuk anak anak kamu..Sesungguhnya Allah tidak melupakan hambaNya,hanya hambaNya yang sering lupa dan terlalai dalam mengigatiNya.

Disember masih berbaki. Baki yang seterusnya ini akan disi dengan kesibukan menguruskan perpindahan kembali ke kampung halaman. Telah tertulis kami ini sentiasa merantau. Kembali ke kampung halaman belum diketahui untuk berapa lama. Adat perantau..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan di situlah juga perjuangan terus bersambung.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails