Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Ahmad Said Kecewa, ADUN BN ‘Protes senyap’

Friday, 28 August 2009
KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.


(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.

Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.

“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.

“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.

“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.

Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.

Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.

Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.

Sumber:BuletinOnline

Doa Parking

Assalamualaikum wbt..

Bertemu lagi dengan tajuk yang suka ustazah nak kongsikan pada kali ini. Dan ustazah sangat pasti dan yakin ramai yg akan sukakannya. Tajuk kali ini ialah “DOA PARKING”

Kini semua orang sudah dapat gaji (kalau tak salah lah), kakitangan kerajaan pun sudah menerima gaji pada 25hb yang lalu. Jadi sudah semesti ramai yg ingin pergi bershoping atau membeli belah membeli keperluan raya seperti baju raya, kasut raya, songkok raya dll bagi mengelakkan kesesakan yg sering berlaku bila tiba hampir hari raya.

Moga doa yang ustazah kongsikan disini dapat digunakan pakai, maklumlah tentu ramai yang akan pergi membeli belah jadi parking pun menjadi faktor utama dalam agenda membeli belah. Kalau takde parking macamana… mana nak letak kereta kita. silap letak nanti kena saman pula. Satu hal pulakkk..!

Dari rumah lagi kita kena berniat, dan membaca doa. baca basmalah terlebih dahulu dan kemudian bacalah doa ini:

“Allahumma inni asalu parking”.

InsyaAllah jika dibaca dgn yakin semua urusan pergi shoping akan menjadi mudah parking dapat kereta pun selamat.

Sekian dahulu buat kali ini, selamat ber..shoping! Ingat beli barang yg perlu sahaja ya, kawal nafsu berbelanja tu sikit…

Tips ringkas ni, saya dapat dari blog ustazah Azimah.. ringkas tapi rasanya sangat bermanfaat.
Sebab selalunya kita akan berdepan dengan kesukaran untuk parking kereta terutama menjelang musim perayaan. Tambah lagi kalau bawa anak anak dan dalam cuaca yang panas. Masa itulah suhu amarah cepat melonjak...

Mungkin sesetengah orang menganggap ianya tak bermakna apa apa. Tapi kita sering lupa dalam apa jua keadaan kita perlu mengharapkan pertolongan Allah swt. Jujurnya,saya sendiri tak amalkan doa untuk mudah dapat parking bermula dari rumah. Dah penat berpusing baru ingat nak berdoa. Lemahnya penggantungan kita pada Allah.

Saya sering bawa anak bersama bila keluar shopping (walaupun sebenarnya anak saya kata saya suka masuk kedai tapi keluar tangan kosong). Bila lambat dapat parking, sikecil saya akan tanya kenapa lambat parking kereta,saya selalu jawab" sebab kita tak berdoa untuk mudah dapat parking. Berdoalah mintak cepat ada parking kosong". Mulut sikecil akan terkumat kumit,entah apa yang didoakan tapi saya pasti doa minta parking kosong.. Dan biasanya tak lama akan ada parking kosong. Bila dapat parking saya selalu beritahu sikecil.."ni mesti berkat doa sumaiyah.."

Sebenarnya bukan susahpun berdoa. Dan bukan susahpun untuk mendidik anak anak kecil untuk sentiasa merasakan Allah itu dekat. Saya teringat seorang rakan lama dulu pernah bertanya pada saya.."tahu tak kenapa banyak kemalangan berlaku walaupun kita sebenarnya sangat berhati hati semasa memandu?" Saya jawab tak tahu. Dia berkata sebabnya ialah kerana kita tidak berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kita memang berusaha dengan memandu berhati hati tapi kita lupa meminta perlindungan Allah sepanjang perjalanan kita..Mudah bukan! Tapi sering kita terlupa..

Hati hati dengan sikap lupa berdoa..bimbang nanti Allah akan melupakan kita di mahkamah akhirat..

Salam Ramadhan..
Salam ukhuwwah..

Khamis, 27 Ogos 2009

10 surah mujarab dari Rasulullah


1. Surah Al-Fatihah
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. Surah Yaasin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. Surah At-Dhuhan
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. Surah Al-Khauthar
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. Surah Al-Mulk
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. Surah Al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:
"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. Surah Al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. Surah An-Nas
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah surah penerang hati.

Rabu, 26 Ogos 2009

Pesan Presiden PAS Kepada YB Ustaz Salleh Man



Laksanakan Bai’ah, Bawa Mesej PAS Bersama Pakatan Rakyat Ke dalam Dewan Undangan Negeri

MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersyukur kepada Allah SWT kerana PAS telah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas-petugas pilihan raya dalam kawasan, negeri Pulau Pinang dan seluruh Negara

”Kita mestilah bersyukur kepada Allah SWT kerana kita (PAS) telah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya ini,

”saya bagi pihak PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas-petugas pilihan raya dalam kawasan, negeri Pulau Pinang dan seluruh Negara,


”dan juga kepada petugas Pakatan Rakyat daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP. Dan semua Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta membantu kita (PAS),”katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, Marang, semalam.

Beliau juga mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada calon PAS dan rakyat di Permatang Pasir yang terus memilih PAS dan Pakatan Rakyat untuk mewakili kawasan Permatang Pasir.

Katanya, beliau yakin dan percaya, Ustaz Salleh Man dapat menyambung tugas Allahyarham Dato’ Haji Mohd Hamdan dan dapat melangsungkan tugas-tugas seterusnya.

”Insya’Allah beliau (Ustaz salleh) akan dapat melaksanakan bai’ah (pengakuan) yang diucapkan, dalam masa sama akan membawa mesej kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun),”tegasnya.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan memberi suntikan serta semangat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata, kekalahan kali ke-7 Barisan Nasional (BN) dalam siri pilihanraya kecil yang lalu, menunjukkan rata-rata rakyat di kawasan Bandar dan pinggir Bandar menolak Umno dan Barisan Nasional (BN)

”Ini menunjukkan bahawa rakyat yang mendapat maklumat, yang mendapat ilmu politik yang betul melalui penjelasan yang tepat dari semua pihak,

”mereka (rakyat) mendapat penjelasan yang tepat dari Pakatan Rakyat termasuklah hujah-hujah Umno-BN mempertahankan diri, Ini (ia) dapat dinilai oleh rakyat yang berada di Bandar dan pinggir Bandar dengan betul,”ujarnya.

Mengulas tindakan dan kaedah kempen yang telah dilaksanakan dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, beliau berkata, pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk memilih pemimpin.

Beliau membidas tohmahan pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang mengatakan orang-orang Islam tidak boleh menyebut keaiban seseorang walaupun dalam proses memilih seseorang pemimpin.

”Saya ingin menarik perhatian dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh. Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita (Islam) tidak boleh menyebut keaiban seseorang sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk memilih pemimpin,

”dalam amanah memilih pemimpin kita (Islam) wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, (agar ia adalah) seseorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah,

”Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa,”hujjahnya.

Perkara tersebut jelas diperkatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab mereka, bahkan, katanya, dalam perkara saksi di mahkamah dan saksi dalam perkahwinan, perlu didedahkan peribadi seseorang.

”Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini,”tambahnya.

Tahniah: Kemenangan di Permatang Pasir


Ustaz Salleh Man yang mewakili Pakatan Rakyat diisytiharkan menang kerusi DUN Permatang Pasir mengalahkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

PAS menang dengan majoriti besar, walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun 2008.

Dengan keputusan itu, Ustaz Salleh yang telah bertarung enam kali mewakili PAS akhirnya di berikan kemenangan atas berkat usaha dan istiqamahnya dalam perjuangan.

Keputusan pilihanraya tersebut membuktikan BN berjaya mengekalkan rekod kekalahan sebanyak 6 kali dalam PRK di Semenanjung. Ia juga akan terus menyebabkan UMNO/BN ketinggalan dan menolak semua dakwaan pemimpin UMNO/BN bahawa mereka berupaya mencapai keputusan yang lebih baik di Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man menyifatkan kemenangan yang dicapai adalah kemenangan semua pihak yang turut membantu merealisasikan kemenangan DUN Permatang Pasir.

“Kejayaan ini adalah kejayaan semua” kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man mencapai 4,551, kurang 882 daripada yang diperolehi oleh bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan...

Esok bermula 1 Ramdhan. Selamat berpuasa buat semua teman teman blogger dan pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan. Sama samalah kita bersihkan hati dan mantapkan diri untuk menyambut kemuliaan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Bulan yang di dalamnya dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Bulan marfirah. Bulan Lailatul Qadar.

Moga diberi kemudahan dan keringanan untuk sama sama kita melipatgandakan amalan kita. Bukan melipat gandakan makanan di atas meja. Masyarakat kita dah menjadi seperti satu kewajipan untuk memenuhkan meja dengan makanan. Sampai kadang kadang tak tahu nak dicapai yang mana satu. Kadangnya bukan anak anak yang nak sangat tapi mak ayah yang lebih.


Makan punya makan sampai maghrib di hujung waktu. Bila terawih imam dah nak habis Al Fatihah,kita baru angkat takbir..nak jimat dan nak untung...Sampai time moreh,semangat datang balik..anak anak tengok tauladan yang mak ayah bagi..bila anak anak ikut..marah pulak..ikut perangai sapa ni??Ntah bila nak berubah..

Puasa ni kadang kadang kita boleh lihat darjat seseorang. Yang kaya berbuka di hotel hotel.
Yang VIP sikit hari hari ada majlis berbuka puasa..Yang sederhana di rumah tapi makanan sampai tak muat meja..yang miskin kekadang berbuka nasi putih dan ikan kering. Anak anak yatim???

Baru baru ini saya bermimpi ke tempat anak anak yatim. 30 anak yatim berkongsi semangkuk sadin. Dalam mimpi tu,saya bawa 2 orang anak. Kerana lapar,anak saya makan nasi dengan lauk sadin tu..sementara anak anak yatim tu melihat saja. Mereka beritahu saya itu saja lauk yang mereka ada untuk dikongsi seramai 30 orang..di wajah mereka nampak garis kesedihan. Dalam mimpi tu,saya ke kedai mencari barang keperluan mereka untuk diganti dengan sadin yang anak saya makan. Dan mimpi saya berakhir di situ.

Puas saya berfikir apa maksud mimpi saya.. Bila saya ceritakan pada suami. Suami saya tanya balik..ingat tak Ramadhan tahun lepas berjanji nak bagi sedeqah pada satu keluarga yatim. Baru saya teringat. Memang Ramadhan tahun lepas saya berniat untuk bersedeqah pada sekeluarga anak yatim. Ibunya teman sekolah saya dulu. Suaminya seorang pendidik dan meninggal sewaktu berkursus di sekolahnya. Anak anaknya seramai 9 orang. Yang sulung kalau tak silap baru tingkatan 5 dan yang bongsu seusia dengan anak saya 5 tahun. ibunya tak berkerja dan setelah kematian suaminya dia hanya berniaga tepi jalan. Dia juga menjaga ibu mertuanya. Sebelum raya tahun lepas,saya cuba hubungi dia. Namun handphone dan telefon rumahnya tak berjawab. Saya tak dapat hubungi dia hingga sebulan yang lalu. Suami saya berkata mungkin Allah nak supaya saya tunaikan niat yang tertangguh itu. Ya Allah,besarnya Kasih sayang Allah untuk mengigatkan saya yang kealpaan. Ini kerana selama ini,saya merasakan seolah olah saya berhutang dengan teman saya ini. Rupanya rasa berhutang yang dah hampir dilupakan itu diingatkan balik melalui mimpi dan mesti ditunaikan. dan insyaAllah dalam perjalanan pulang ke kampung sebelum raya nanti saya akan menunaikan niat yang tertangguh itu.

Setakat ini muqaddimah di ambang Ramadhan. Maaf kerana beberapa komen tak dapat dibalas. Semenjak dua menjak ni,kesibukan membataskan waktu untuk melayari blog blog. Kadang hanya sempat baca sepintas lalu.Terima kasih pada pengunjung blog ini.
Mungkin beberapa hari saya tak dapat update blog ini. Niatnya nak berpuasa sehari dua ni di Permatang Pasir.

Selamat bersahur dan harap tidak terlajak sahur.
Salam Ramadhan karim.
Salam ukhuwwah.

Khamis, 20 Ogos 2009

Tarikan wanita...kasihan lelaki...

BETAPA BERATNYA AMANAH INI....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik kerana anaknya.

(p/s; Aduhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan berpuasa ..?..Menutup aurat?..Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tidak lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."


MUTIARA HIKMAH:

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati". (Maksud hadis)

Rabu, 19 Ogos 2009

MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN



Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr(arak), kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."


"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Al Maidah :91)

Sebat depan khalayak


IPOH: “Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.

Dia juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari, 32, selepas disabitkan kesalahan meminum arak.

Terdahulu, pada 1 Disember tahun lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Shukarnor berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, yang memaklumkan Kartika Sari perlu melaporkan diri di Penjara Kajang, Selangor, pada 24 Ogos ini untuk menjalani hukuman sebat.

“Saya terus menghubungi Kartika untuk memaklumkan hal berkenaan dan dia bersetuju bertolak pulang ke kampung sebelum ke penjara bagi menjalani hukuman berkenaan.

“Difahamkan, Kartika akan ditahan seminggu untuk menjalani hukuman sebat dan selepas itu Kartika akan dibebaskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Shukarnor berharap hukuman sebat ke atas anaknya dilaksanakan di depan khalayak iaitu di tempat terbuka seperti dikehendaki Kartika Sari sendiri.

Usaha Harian Metro menghubungi Kartika Sari bagaimanapun gagal kerana difahamkan wanita itu kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Sungai Siput, dekat sini, selepas bertolak dari Singapura, kira-kira jam 4 petang semalam.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam, mengeluarkan waran penahanan terhadap ibu kepada dua anak itu yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak, bulan lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.

Mahkamah bagaimanapun bersetuju mengeluarkan waran pelepasan ke atas Kartika dalam tempoh kurang dari tujuh hari sekiranya hukuman sebatan dilaksanakan lebih awal.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Syarie Saiful Idham Sahimi memfailkan tiga permohonan bagi memohon perintah menahan Kartika di Penjara Wanita Kajang, perintah menguatkuasakan hukuman sebatan secara syariah dan permohonan perintah pelepasan selepas hukuman dijalankan.

Permohonan berkenaan dibuat selepas tempoh rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan pada 20 Julai lalu, berakhir pada 3 Ogos lalu.

Tiada sebarang rayuan dikemukakan pihak Kartika Sari Dewi.

Abdul Rahman membenarkan semua permohonan itu dalam kamarnya.

Dakwaan terhadap Kartika dibuat mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Sejurus selepas dijatuhi hukuman enam sebatan pada 20 Julai lalu, Kartika Sari dipetik sebagai berkata, dia rela dirinya disebat kerana jika tidak dikenakan hukuman itu, mungkin dia tidak insaf hingga sekarang.

“Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.

“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata Kartika Sari.

Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.

“Namun, saya bersyukur keluarga saya tetap menerima saya walaupun sudah menconteng arang dan memalit lumpur ke muka mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.

Dia yang berasal dari Sungai Siput, dekat Kuala Kangsar, menetap 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu dan mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun

Isnin, 17 Ogos 2009

Menjadi Bapa Efektif


Lelaki juga boleh mengalami tempoh masa yang sukar ketika berdepan dengan emosi yang tidak stabil. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengasah kredibiliti anda sebagai seorang bapa?

MEMIKUL tanggungjawab sebagai seorang bapa tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam kebanyakan masa, tentu ramai golongan bapa berasa tertekan memikirkan dan memikul tanggungjawab terhadap keluarga.

Harapan untuk seseorang bapa menjalankan tugas dengan berkesan bukan sahaja berlaku di rumah, malah ada ketikanya di tempat kerja.

Berikut 10 cara bagaimana menjadi bapa yang efektif dalam tugasan paling penting yang pernah disandang mereka.

1. Lihat anak anda sebagai seorang yang berkemampuan
Tidak dinafikan, kebanyakan bapa cenderung melihat anak mereka sebagai ‘tidak cukup baik’. Jangan ingat anak-anak tidak tahu tetapi mereka sebenarnya dapat merasainya. Apabila anak merasai persepsi bapanya, mereka dengan mudahnya akan ‘terbentuk’ seperti yang diharapkan oleh bapa mereka secara tidak langsung. Sebaliknya, apabila kemampuan mereka diakui, mereka akan menjadi lebih hebat daripada yang disangkakan.

2. Luangkan masa untuk anak-anak
Tugasan yang ada tidak pernah berakhir. Namun, anda tidak semestinya mempunyai banyak masa dan peluang untuk bersama anak-anak. Anak-anak akan menilai anda sama ada anda berusaha meluangkan masa biarpun hanya untuk sekejap.

3. Kaedah disiplin yang positif
Hari ini, menghukum anak untuk mendisiplinkan mereka bukan lagi kaedah yang berkesan. Ia sebaliknya akan lebih mendorong perilaku yang tidak baik dan menyukarkan si bapa untuk membuang tabiat buruk si anak. Gunakan kata-kata yang natural dan sedarkan mereka tentang akibat yang masuk akal seperti “Jika Adam tidak kumpulkan semua barang permainan, sebentar lagi ia akan dibawa pergi.” Ingatkan juga untuk memberi mereka pilihan. Kaedah disiplin yang positif boleh membantu anak mempelajari erti bertanggungjawab manakala hukuman hanya akan membuatkan mereka membenci anda.

4. Hubungan yang baik dengan isteri
Anda merupakan contoh terbaik kepada si anak. Anda juga adalah sumber maklumat bagi mereka mempelajari apakah itu hubungan yang rapat dan baik. Percayalah bahawa anak-anak ‘menonton’ dan menyaksikan tingkah laku anda secara dekat.

5. Bersikap peka terhadap kehidupan dan aspirasi anak
Tanya diri anda soalan ini: “Berapa banyak yang saya tahu tentang anak saya? Tahukah saya tentang inspirasi dan aspirasi mereka? Adakah saya peka terhadap siapa kawan-kawan anak saya? Apakah yang anak suka atau tidak suka tentang saya?” Andainya terdapat persoalan tentang anak yang tidak terjawab, anda sentiasa boleh bertanya.

6. Tunjukkan kasih sayang
Berikan kasih sayang dengan memeluk atau memberi kucupan kepada anak. Jika boleh, sekali-sekala, ucapkan “Ayah sayang padamu”. Jangan lupa untuk bermain dengan anak-anak. Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, kanak-kanak menghargai usaha bapa untuk meluangkan masa bermesra dengan mereka.

7. Mendengar itu membantu
Petua ini mungkin sudah terlalu biasa kedengaran. Tetapi, apa yang pasti, dengan memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik, anda berpeluang mengenali anak dengan lebih rapat. Ketepikan sebentar akhbar yang sering menjadi peneman, pandanglah ke arah anak apabila mereka bercakap. Cuba fikirkan apa yang diperkatakan dan jika anda ingin anak mendengar cakap anda, anda perlu menjadi panduan yang baik.

8. Nilai semula hubungan anda dengan bapa anda
Hubungan yang tidak baik dengan bapa anda sedikit sebanyak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menjadi bapa yang berkesan. Adakah terdapat apa-apa perkara yang ingin anda sampaikan kepada bapa anda? Hakikatnya, dengan memaafkan kesalahan bapa anda sendiri boleh membantu dan membenarkan anda mengasah kebolehan menjadi bapa yang lebih baik.

9. Jaga diri anda
Adalah sukar untuk anda menjadi bapa yang baik dan mesra kepada semua ahli keluarga jika anda tidak menjaga diri dengan baik. Luangkan masa untuk diri anda berehat, melakukan senaman dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Dapatkan sokongan moral daripada kawan dan juga ahli keluarga yang lain. Yang penting, elakkan daripada menyisihkan diri.

10. Kawal kemarahan
Lazimnya kemarahan akan dilemparkan kepada anak-anak. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terjadi, ada baiknya anda merehatkan diri dengan teknik-teknik tertentu bagi mengurangkan perasaan marah. Ingatlah, hanya satu episod yang buruk sudah cukup untuk mengubah persepsi dan hubungan anda dengan anak-anak.

Gejala Sosial Pelajar Terengganu; Pil Kuda, Alkohol, Rempit dan Seks Bebas


KUALA NERUS – Penglibatan para pelajar di negeri Terengganu dengan gejala sosial penyalahgunaan dadah dan seks bebas adalah amat membimbangkan.

Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.

Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah.

Dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.

”Baru-baru ini saya buat kem motivasi, daripada 59 orang yang dipanggil, 39 orang telah hadir yang terdiri dari mereka yang positif pil kuda,dan rasa sedihnya, dalam sesi kaunseling yang diadakan, mereka mengaku telah melakukan hubungan seks, dalam usia baru tingkatan empat dan tingkatan lima,”katanya ketika memberitahu sidang Forum Gejala Sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Khamis lalu.

Katanya, mereka yang terlibat bukan sahaja dikalangan golongan rendah dan sederhana, namun ada anak seorang Ekskutif yang bergaji RM20,000 sebulan turut ‘kantoi’ dalam penagihan pil kuda.

Mengulas gejala yang melibatkan Mat Rempit dan lumba haram, beliau bersetuju dengan pendapat pihak polis bahawa gelaja merempit ini sukar untuk dibenteras, kerana pelakunya turut terlibat dengan dadah dan alkohol.

”Saya ulas sikit berkaitan dengan Rempit, ia tidak akan jadi perkara yang senang, sebab mereka ini sebenarnya, dari tangkapan yang dibuat, mereka (didapati) dipengaruhi oleh alkohol dan dadah, dia (mereka) menggunakan pil kuda,sebab itu dia (mereka) boleh bertindak ganas, kerana dadah itu boleh menyebabkan dia jadi berani, dia tak takut langgar polis, walaupun polis ada pistol,”jelasnya.

Katanya, kejatuhan moral dan akhlak pelajar dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial sekarang ini begitu teruk sehingga tidak lagi mendengar teguran dari sesiapa.

Justeru katanya, seorang wakil rakyat (YB) tempatan cuba menegur mereka yang terlibat dengan gejala terbabit dikampungnya baru-baru ini, sebaliknya mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bertidak mengugut YB tersebut.

Beliau turut mendedahkan, kebanyakkan penagih dadah sekarang menggunakan dadah tiruan (sintetik) yang diproses dalam Negara Malaysia sendiri.

Golongan yang mencuba dadah kini pula, katanya, tidak memulakan kegetiatan penyalahgunaan mereka dengan jenis dadah dan dos yang rendah, tetapi mengambil jenis dan dos yang tinggi.

Pengerusi YAKEP, Ustaz Abu Bakar Abdullah ketika ditemui selepas Forum tersebut berkata, Forum Gejala Sosial tersebut adalah acara tahunan yang dianjurkan sebagai satu tanggungjawab sosial YAKEP kepada masyarakat.

”Sumbangan YAKEP tidak terhad kepada kebajikan dan pendidikan sahaja, kita turut melaksanakan tanggungjawab sosial, membantu pelbagai pihak dalam menghadapi masalah social yang sangat kritikal masakini,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu berkata, majlis Forum Gejala Sosial tersebut adalah terbuka untuk semua anggota masyarakat.

”Kita jemput semua pihak bukan sahaja orang PAS, kita hantar surat kepada semua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sekitar Kuala Nerus,”tambahnya.

Selain Encik Azmi yang mewakili ADK, turut menjadi ahli panel Forum yang bertajuk “Remaja Harapan Negara” itu adalah Cif Inspektor Abdul Rahman Dollah dari Polis Diraja Malaysia dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Sumber: Buletin Online


Ahad, 16 Ogos 2009

Salam kemaafan..

Asssalamualaikum

1. Salam kemaafan..


Salam petang Ahad. Semoga semua pengunjung blog ini berada dalam rahmat kasih sayang Allah jua. Maaf tak sempat nak beri komen balas pada beberapa komen yang dikirimkan. Kesibukan hujung minggu menyebabkan tak sempat nak update blog ini dengan lebih baik. Rasa bersalah pula pada salah kefahaman pada posting bertajuk 'Kemalangan mengajar bahawa Allah sentiasa di sisi..'.

Sebenarnya cerita itu tak ada kena mengena dengan sayapun. Saya petik dari harakahdaily yang penulisnya adalah Saudara Azamin Amin. Mungkin pengunjung tak perasan di akhir cerita tersebut sebelum tulisan berwarna ungu,saya sertakan nama saudara Azamin Amin. Apapun saya memohon maaf jika kesilapan tersebut membingungkan pembaca. Terima kasih atas prihatin pembaca dan terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa masing masing untuk terus berkunjung ke blog ini.

Pada saya,apa yang menarik dalam kisah ini yang sewajarnya dikongsikan bersama ialah betapa luas dan besarnya kasih sayang Allah pada kita yang menjadi hambaNya. Saya pasti ramai di luar sana yang banyak kali bernasib baik ketika ditimpa musibah. Ramai yang mengalami kemalangan yang pada lojik akal tak mungkin terselamat tapi tiba tiba diberi keselamatan. Ramai yang mengalami kesusahan yang tiba tiba dengan mudah mendapat jalan keluar.

Tapi berapa ramai agaknya yang bersyukur dengan sebenar benar syukur. Bukan hanya mengucapkan Alhamdulillah di bibir saja tapi disertai dengan rasa keinsafan bagaimana Allah masih memberi kesempatan untuk terus bernafas. Tak ramai meyakini bahawa ianya adalah kerana perlindungan Allah dan bukan hanya kerana 'nasib baik'.
Tak ramai juga yang menjadikan apa yang berlaku sebagai satu titik kehidupan baru untuk bertaubat dan berubah menjadi manusia beriman.

2. Kullunafsin zaaikatilmaut..

Kematian pengarah filem, Allahyarhamah Yasmin dan Allahyarham Ustaz Asri wajar juga menjadi iktibar bukan saja kepada insan insan seni tetapi kita semua. Betapa setiap yang hidup akan mati. Tidak berganjak sedetik berkurang atau berlebih. Tidak diketahui saat dan ketikanya.


Entah kenapa saya terfikir bagaimana cara kematian Allahyarhamah Yasmin dan Allahyarham Ustaz Asri. Setiap hari berlaku kematian. Semua orang tahu. Tapi kematian keduanya benar benar adalah peringatan Allah pada manusia. Kenapa saya berkata begitu. Kerana keduanya insan yang ada nama. Dikenali. Ada peminat. Allah menjemputnya tatkala berada di khalayak ramai (kira khalayak ramailah bila bukan bersama keluarga). Dirakamkan di kaca TV detik dan saat mereka jatuh dan dalam keadaan tenat. Bukankah keadaan begini jarang sekali berlaku. Tapi kenapa ianya berlaku. Tak lain adalah untuk menjadi peringatan dan iktibar kepada kita semua bahawa kematian berlaku di mana mana. Siapapun kamu samada raja, menteri, YB, artis, polis, FRU, SPRM, ahli politik, simiskin atau sikaya pasti akan mati..

Tak ada sesiapapun yang kebal dari kematian. Tak ada penjuru dunia yang boleh kita bersembunyi dari malaikat maut. Diwaktu kita gelisah dengan bertambah kematian akibat H1N1 tiba tiba datang peringatan bahawa kematian juga akan berlaku walaupun bukan kerana H1N1..bukan juga kerana terlantar di katil hospital.

Kematian kedua insan yang berada dalam bidang yang sama tapi berbeza perjuangannya (kenapa saya berkata begitu..anda fikirlah sendiri) sepatutnya membuka pintu hati kita untuk memperbaiki amalan kita. Untuk ingat apa dosa dosa kita. Untuk kita bertaubat dan meninggalkan segala perbuatan maksiat, dosa dan kezaliman. Sudah cukupkah amalan kita sekiranya kita dijemput pergi. Apakah kita tergolong dalam golongan yang..'bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari'.

Tepuk dada tanyalah iman kita..
Salam kemaafan..Salam ukhuwwah.

H1N1: WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti jika abai kesihatan



BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA

Sabtu, 15 Ogos 2009

Kemalangan itu 'mengajar' bahawa Allah sentiasa di sisi...

Gambar hiasan

Maaf lewat menulis, kerana saya terlibat kemalangan jalan raya tempoh hari.Alhamdullilah, Allah masih sayangkan saya dan mengajar hidayah baru, buat manfaat semua.

Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, kira-kira 8.30 pagi dalam perjalanan saya menuju ke pejabat Harakahdaily yang baru. Hari baru dengan semangat yang baru, getus hati.

Waktu itu, saya memandu laju mengekori sebuah kereta Avanza putih yang menuju hampir ke persimpangan Setiawangsa, di mana lampu isyarat simpang sedang menyala kuning...lalu

Dengan tidak semena-mena Avanza itu, mengambil keputusan untuk berhenti!

Saya tergamam lantas menekan brek secepat mungkin sambil cuba membelok ke kanan untuk mengelak sipi. Namun takdir Allah sampai jua, apabila kereta saya bertembung bahagian belakang Avanza tersebut.

"Dummm!!!!"

Berdentum kereta saya. Bergegar tubuh dan kejang kaki tangan menahan stering dan brek. Kereta terbabas ke tepi, nyaris tidak 'dibalas' kereta dari belakang. Ketika itu, mata saya mula berpinar dan sempat mengucap panjang serta beristighfar. Minit yang pertama, saya tersentak dan diam seketika. Pelbagai perkara menerpa dalam kepala tanpa dipaksa.

Masalah-masalah dunia timbul secara borong. Saya mula memikirkan perjalanan kehidupan anak-anak, isteri esok hari. Bagaimana ke sekolah, ke tempat kerja? Apa cara untuk kais wang ribuan ringgit akibat kemalangan ini? Bagaimana kerjaya saya dan terfikir juga, bagaimana kalau pemandu Avanza mengeluarkan beluti atau besi, paling tidak memaki saya, seperti kebiasaan bergaduh dan bertengkar selepas pelanggaran kereta yang berlaku, di mana-mana?

Minit kedua, saya melihat tubuh masih sempurna cukup sifat. Tiada secebis darah yang terbit di muka. Tuhan Maha kuasa, walau terasa seinci nyawa hampir 'terpisah' dari jasad pemandu, namun saya masih bernafas lagi.

Asap mulai merayap keluar dari sudut bucu kereta 'marhaen' saya. Habis kereta saya, remuk bahagian depan, bonet dan enjin. Gear tidak berfungsi.Lampu hancur manakala pintu sukar dibuka, namun saya berjaya meloloskan diri dengan payah untuk keluar, lantas bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dengan tenang saya berdoa dalam hati: "Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini..."

Saya lalu, terpa pemandu Avanza tersebut, dan syukur dia juga selamat tanpa sebarang luka. Sebelum dia sempat mengeluarkan butiran kata-katanya, saya terus meminta maaf berulang kali atas kejadian yang terjadi.

Saya terus mengaku bersalah. Biarpun dia berhenti ketika lampu isyarat kuning masih menyala dan keretanya tidak 'cedera' teruk, saya tetapwajar dipersalahkan.

Sambil menggeleng kepala, dia berbahasa inggeris satu persatu memperkenalkan dirinya kepada saya. Rupanya dia warga Korea dan tidak fasih berbahasa Inggeris.

"What to do now?" soalnya agak panik dan sangkut-sangkut kepada saya, sambil melihat kenderaan berjujut panjang kerana kesesakan yang baru saya 'cipta' sebentar tadi.

"Both of us have to make a police report, to settle this down..." jelas saya.

Dia setuju, lalu dengan rasa malu, saya memohon untuk menumpangnya, memandangkan kereta saya sangat 'parah' dan tidak boleh dipandu lagi. Selepas menyalakan lampu 'Hazard' di kereta, kami bersama-sama ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk membuat laporan.

Dalam perjalanan hampir sejam dicampur gelumang kesesakan lalu-lintas, maklumlah waktu puncak jam 9.00 pagi, saya sempat bersembang dan 'tekanan tinggi' yang kami hadapi sebentar tadi, kami 'tukarkan' menjadi satru perkenalan persahabatan yang baik.

"Maybe, you don't trust me, so would you like to call your friend or agent or anybody to inform your situation, so that, they can advise you whatsoever...," kata saya 'broken' English.

Di balai polis, kedua-dua membuat laporan, dan saya menjadi penterjemah tak bertauliah kepadanya. Sekali lagi, nilai-nilai kemanusiaan juga menyerlah apabila anggota polis di sana turut melayan kami dengan baik

Seorang sarjan polis kehairanan, dengan tingkah laku saya yang prihatin terhadap pemandu Korea itu. Iyalah...saya rasa bersalah dan rasa patut membantunya sehingga selesai.

"Encik... selesaikan urusan encik dahulu. Tak perlu bimbang hal dia, dan biar dia serta syarikat insurannya uruskan.

"Maaf sarjan, dia orang Korea, dia tak berapa tahu prosedur dan kalau boleh saya nak tahu caranya," jawab saya.

"Tak pe, nanti saya jelaskan padanya dan minta dia hubungi agen dia. Encik tak perlu bimbang ya. Tapi saya nak minta maaflah, terpaksa keluar saman RM300.00 kerana kesalahan encik melanggar kereta dia," katanya membuatkan saya mula resah sedikit dan tunduk, sambil akui kesalahan saya.

Melihat raut wajah saya yang mulai kusut, sarjan itu tersenyum :" Sudahlah encik, yang berlaku dah berlaku...bertenanglah. Tak pe saman ini, saya bagi tempoh selepas Raya nanti ya," katanya membuatkan saya kembali lega.

Sarjan, itu cukup baik melayan kami berdua. Ya , dia polis, pun manusia yang punya hati dan perasaan juga. Kami lantas beredar setelah selesai semua urusan. Ketika warga 'Sonata Musim Salju' menghantar saya berhampiran pejabat, dia ucapkan terima kasih seraya berkata

"You are good person. Thank you,"

Allah, telah permudahkan urusan saya, maka benarlah janji Allah untuk menolong saya, ketika saya ditimba musibah. Dan antara hikmah yang upaya saya terokai, dengan pelanggaran saya ini, orang lain dapat menjalankan tugas dan tanggangjawab dengan baik. Dan antaranya merupakan 'rezeki' buat mereka.

Dari penarik kereta (tow truck), agen syarikat insuran, polis, bengkel kereta semuanya berperanan hari itu, malah mendapat rezeki yang ditentukan Allah, akibat kecuaian saya, seperti pemandu teksi yang menghantar saya ke tempat kerja hari ini, mendapat hasil RM12.00 dari poket saya.

Selain itu, Allah mahu menampakkan nilai-nilai baik yang ada pada manusia, yang mungkin belum pernah ditemui sebelum ini. Malah Allah, mengajar saya, bersangka baik dengan manusia dan melakukan yang terbaik sesama insan.

Itu semua janji Allah. Adakalanya ianya saling berkait antara satu sama lain. Selain itu, hikmah paling besar, ialah menghapus dosa lampau, dan mengajar saya bukan untuk berhati-hati tetapi 'lebih' berwaspada di atas jalan raya dan di mana-mana.

Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya."

Ujian bertali arus, bertubi-tubi

Setelah selesai semua, kereta ditarik ke bengkel berhampiran Kampung Baru untuk diperbaiki selama dua minggu. Sebaik pulang ke rumah, isteri memaklumkan pula anak sulung saya demam dan batuk-batuk.

Aduhai, betapa debarnya hati dan saya terus kuatkan semangat dengan ujian yang menimpa sambil terus tidak putus-putus berdoa.

Semua Allah 'aturkan' dengan baik. Dengan simpati pengasuh, saya dapat meminjam kereta, lalu membawa anak ke klinik pula. Di klinik, berpusu orang ramai cuba mendapatkan rawatan, semua bimbang wabak maut influenza A H1N1 ini. Syukur, anak saya disahkan demam biasa dengan simpton-simpton yang ada.

Berselirat juga fikiran saya pada mulanya untuk menangani semua. Rupanya, sehebat mana kita sekalipun, kita akhirnya kena bergantung sepenuhnya untuk Allah menjaga kita dan seisi keluarga setiap hari, ketika dan masa. Tak mampu saya nak buat semuanya. Udara yang merayap dan wabak yang merebak, hanya Allah sahajalah yang mampu membendung.

"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Rupanya setiap masalah kita kena selesaikan kes demi kes atau satu persatu dan bukan cuba menyelesaikannya secara borong. Dari masalah kewangan, kerjaya, kesihatan, keluarga dan apa saja, kita kena selesaikan secara tenang dan satu demi satu.

Itulah saya tidak tahu apakah, hikmah Allah menumpahkan ujian bertubi-tubi kepada saya. Yang pasti Allah tidak pernah zalim dan tidak buat perkara sia-sia atau untuk suka-suka.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir setiap hari, saya akan memanjatkan doa yang lebih kurang bunyinya begini:

"....ya tuhanku, selamatkanlah kedua ibu bapa kandungku, isteri, anak-anakku, adik-adikku dan kaum keluargaku daripada pelanggaran kereta, kemalangan jalan raya atau apa saja bencana yang disebabkan oleh kecuaian manusia.......,"

Tetapi saya tetap menerima ujian cukup hebat ini. Bila saya fikir dan ingat balik, rupanya saya hanya berfikir kecuaian manusia, sedangkan kecuaian diri sendiri saya tidak minta Allah hindarkan dan sepatutnya saya berdoa....

"Ya, Allah selamatkanlah kaum keluargaku daripada kecuaian dan kelemahan disebabkan oleh aku....."

Saya ceritakan hal doa kepada bonda, yang mengalirkan air mata melihat keadaan saya, yang bertali-arus ditimpa pebagai ujian.

"Azamin doa setiap hari mak, tapi jadi juga, kenapa ya?

"Sebenarnya, takdir itu telah Allah janji pasti terjadi... namun doa itu, menyebabkan kita tidak cedera parah, kereta tidak teruk sangat, dan kedua-duanya tidak melayang nyawa.

"Dan doa kita tidak boleh putus, terhenti akibat kejadian ini, dan kita disuruh berdoa lagi supaya, ianya tidak berulang lagi atau kalau takdir terjadi tidak teruk lagi," jelas ibu sambil teresak-esak bersyukur anaknya selamat.

"Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Surah ad-Dhuha ayat 1- 5

Sebenarnya, kemalangan yang hampir meragutkan nyawa ini, bukanlah pertama kali bahkan telah melintasi saya sudah tujuh kali sehingga menjadi trauma kepada saya, namun tidak berhasrat menceritakan semua, bimbang perasaan riak dan takbur tiba-tiba menerpa. Cuma yang pasti, kuasa semua di tangan Tuhan.

Jip terbalik seiring laungan Takbir!

Ketika itu, saya berkerja buruh bersama rakan Muhammad Fadhil, memunggah anak-anak benih getah di kaki bukit di suatu lokasi di Sungai Buloh dan dengan kerjasama RISDA, kami perlu menanam lebih 3,000 anak-anak pokok getah. Memunggah ke kaki bukit kerja kami dan menanamnya pula kami upah Orang Asli.

Kami lakukan kerja memunggah dari bawah ke kaki bukit pada sebelah pagi. Kami menaiki jip 1 tan, boleh muatkan 3 orang. Sekali naik boleh letak 200 benih pokok getah di bahagian belakang.

Saya melakukan kerja itu, sebulan lebih, sehingga kulit saya hitam, bertukar warna, kerana terik dibakar mentari. Ketika balik kampung, ibu saya, bercucuran menangis melihat keadaan saya yang kurus, hitam dan botak seolah-olah baru keluar dari penjara ataupun baru melakukan kerja teramat teruk.

Memang kerja teruk, memunggah anak-anak pokok getah setiap hari. Itu belum campur, gerun kalau-kalau harimau menjelma di balik belukar.

Suatu pagi yang bening, ketika jip 'mendaki' bukit, tiba-tiba di pertengahan jalan, enjin jip terhenti serta-merta. Tiba-tiba 'brek' dan 'hand brek' 'tak makan' dan tak berfungsi.

Apa lagi, mengelungsurlah jip kami ke belakang dengan lajunya menuju curam di bawah. Saya dengan panik bertempik dan jerit:

"Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Sekuat hati kami laungkan kalimah besar Tuhan itu, dan entah macamana, jip kami terbalik sebanyak dua kali dan tersadai di tengah-tengah bukit serta-merta, tidak jatuh ke curam yang dalam.

Saya dan rakan ketika itu berada dalam keadaan terbalik, kepala di tanah mendongak ke langit dan kakit terapung ke atas. Dengan saki-baki kekuatan yang ada, saya dan rakan cepat-cepat keluar daripada jip, khuatir ia jatuh ke curam.

Saya dan rakan dalam keadan mabuk-mabuk angin. Dan saya tidak dapat menahan lagi, lalu muntah.....

Kemudian secepat mungkin kami pergi ke gigi sungai berhampiran, membasuh muka, sambil meneguk air menghilangkan rasa loya dan pening. Sekembalinya ke tempat kejadian, kami lihat 'sekampung' Orang Asli telah mengerumuni jip tersebut sambil memandang kami dengan mata yang buntang.

Terus bercerita tentang Kuasa-Nya...

Kata Tok Batin, dia sudah mengarahkan orang-orangnya mencari saya dan rakan kalau-kalau jumpa di celah curam.

"Kami cari mayat tak jumpa, rupanya kamu masih hidup," katanya sekaligus membuatkan berjurai air mata saya, mengenangkan nyawa saya diselamatkan Allah jua.

Begitu juga, ketika masih kecil sekitar 1980 ketika usia 6 tahun, saya dan seisi keluarga terlibat dengan kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta Nissan melanggar kereta kami, Toyota berwarna merah. Hari itu, minggu Tahun Baru Cina.

Nissan itu terbabas di dalam parit besar betul-betul berhadapan Balai Polis Bagan Serai, Perak manakala kereta kami kemek dan remuk teruk dihentam kereta itu, dan di seret ke tiang elektrik berhampiran.

Mujurlah, walaupun dalam keadaan bahagian hadapan dan belakang kereta kami hancur dan terpaksa guna khidmat polis dan bantuan orang ramai untuk mengeluarkan kami, namun kami tidak cedera. Maha kuasa tuhan yang menciptakan manusia.

Tahu saya di mana ketika itu? Saya terperusuk di bawah kerusi belakang, ketika sedang nyenyak tidur. Maha suci Allah menyelamatkan saya untuk terus bercerita...tentang kekuasaan-Nya sehingga kini. Amin.

"Selamat menyambut dengan penuh gembira dan ceria kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, moga terus tingkatkan doa dan amalan kepada Tuhan yang menyayangi kita sentiasa..." - dari saya Azamin Amin.

Setiap apa yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah Taala. Samada yang mengembirakan atau menyedihkan. Samada kesenangan atau kesusahan. Semuanya adalah peringatan dan isyarat dari Allah agar kita tidak terus alpa dan dalam kelalaian.
Kesenangan dan kegembiraan adalah untuk kita sentiasa mengigati betapa banyak nikmat dan kasih sayang Allah untuk kita. Dan betapa perlunya kita agihkan kesenangan dan kebahagian itu untuk yang memerlukan kerana Allah mengirimkan rezeki mereka melalui kesenangan dan kegembiraan kita.
Kesusahan dan kesedihan yang dilalui adalah untuk kita sentiasa sedar betapa kerdilnya diri kita. Betapa perlunya kita pada pertolongan dan perlindungan Allah. Betapa sebenarnya kita tak punya apa apa tanpa Rahmat dan kasih sayang Allah.

9 Jenis Syaitan (waspada)

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1


KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda mereka – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, turut dijangkiti wabak itu.

Bagaimanapun, keadaan Tengku Puan dan lima anak baginda yang dirawat di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lalu, kini semakin pulih.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.

"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?

"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini.

"Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.

Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.

"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat.

"Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah.

"Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda.

Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.

Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya.

"Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.

Khamis, 13 Ogos 2009






Bismillahirahmannirahim..
Pls support the boycotting.
Product of Israel

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnyer time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan yang lainnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

Rabu, 12 Ogos 2009

Tinta Kenangan Institut Berakan

(Klik gambar untuk lebih jelas)

Himpunan Bekas guru Dan pelajar Intitut Berakan/Maahad Tahfiz Wal Terbiyyah pada Ahad 09.08.09. Rasa syukur dan gembira kerana berkesempatan bertemu kembali dengan bekas guru dan teman yang pernah bernaung di bawah satu institusi pendidikan. Walaupun agak terkilan kerana teman yang pernah akrab dulu tidak hadir sama,namun terubat juga rindu melihat wajah wajah bekas guru yang telah banyak menabur budi dalam dunia pendidikan.

Antara pengasas Institut Berakan(IB) ustaz Abu Bakar chik(ABC),Ustaz Abu Bakar Abdullah(ABA),cikgu Safinah dan cikgu Raja Hindun.Ustaz Awang,Cikgu Li,Ustaz Hamdan,cikgu Mat Mina,ustaz Zahid dan ustaz Mat Yaakob. Sejujurnya merekalah yang telah memberi didikan,tarbiyyah dan membimbing ke jalan perjuangan.

Masih terasa suasana belajar di IB. Walaupun hanya sebuah bangunan yang kayu dengan serba kekurangan namun ilmu dan pengalaman yang digarap sangat berharga. Bilik perpustakaan yang kecil. Kelas dengan kerusi dan meja kayu. Bersebelahan pula dengan bukit. Laluan ke kelas belakang dengan menyusuri tepi bukit. Kerap kali tamrin diadakan dan setiap pelajar wajib menghadirinya. Masih ingat lagi saat masak kawah dengan dapur kayu. Lauknya hanya ikan keras ekor (cencaru)kering dan sayur air kangkung tapi cukup menyelerakan.Tamrin 3 hari 2 malam,selalunya malam pertama memang tak tidur. Bukan tahajjud sangatpun tapi sembang yang lebih.

Disiplin di IB sangat ketat. Etika pakaian sentiasa dijaga. Kelebihan di IB,disiplin dipantau bukan saja di kawasan sekolah tapi juga di luar sekolah. Sentiasa ada mata mata yang memerhati dan melaporkan pada guru disiplin yang waktu itu dipegang oleh Ustaz Awang.

Hari Jumaat kalau tak pulang ke kampung,destinasi wajib adalah Rusila. Keluar awal pagi dengan kawan kawan mengejar bas ke Rusila. kalau lambat sampai,alamak terlepaslah nak sarapan pagi nasi dagang di warung tepi masjid sebab bila kuliah Tok guru bermula semua gerai akan ditutup.Terpaksalah menunggu selepas kuliah untuk sarapan. Dah habis kuliah Tok Guru,sessi ronda ronda di gerai geraipun bermula.Beli hanya yang betul betul perlu saja,maklum masih belajar manalah ada duit. Agak agak dah reda kesesakan kereta barulah kami ke hentian bas menunggu bas untuk balik ke rumah sewa.

Selalunya kami balik memang berkumpulan. Kenangan yang tak mungkin dilupakan,kami selalu terserempak dengan 'Pok DO' seorang yang sakit mental (gila). Kadang kadang dia mengacah saja,kadang kadang dia betul betul kejar kami,apa lagi buka langkah seribu. Masing masing bertempiaran lari,jarak 1KM dari bas berhenti dengan rumah kami membuatkan kami betul betul jadi pelari marathon. Dah sampai di rumah masing masing berebut nak masuk dulu. Cemas dan lucu. Bayangkan berlari dengan jubah dan tudung labuh.

Cikgu Safinah selalu mengajak ke surau atau masjid dengan keretanya. Kadang kadang kami berebut nak ikut tapi selalu juga bertolak tolak siapa yang kena ikut cikgu Safinah. Bila ada ceramah,kami berebut rebut nak ikut. Entah apalah bezanya kuliah dengan ceramah tapi bila ada ceramah memang semangat berkobar kobar. Itulah antara kenangan berharga waktu di IB.

1991 tahun yang tragis bagi IB dan kami yang mengenali IB. Tahun IB dirobohkan oleh kerajaan BN. Dirobohkan dengan ganas dan paksaan. Semua isi IB dilanyak jentolak samada buku sekolah,buku agama atau al Quran. Cubaan BN untuk mematikan pusat pendidikan yang mendidik anak anak muslim mengenali perjuangan. Namun mereka merancang,Allah jua merancang Dan perancangan Allah adalah lebih baik. IB yang dirobohkan,MTT pula yang bangkit. Mana mungkin ilmu Allah nak dipadamkan. MTT akan menyambung perjuangan IB dalam mendidik anak anak muslim mengenali perjuangan dan bersama sama dalam perjuangan mendaulatkan khalimahNya.

Titisan air mata Ustaz ABC sewaktu memberikan ucapan membangkitkan rasa pilu semua yang hadir. Apatah lagi dengan kehadiran Tuan Guru Haji Hadi yang walaupun uzur tapi berusaha juga untuk bersama sama dalam majlis tersebut. Besarnya harapan agar 20,000 bekas pelajar IB/MTT diharap dapat memberikan sumbangan dalam memajukan MTT.

Buat rakan rakan yang dah lama tak bersua dan hilang khabar berita..ilmu dah diberi,pengalaman dah diperolehi,jalan perjuangan dah ditunjukkan..rugilah kalau tidak terjemahankan ilmu dan pengalaman itu dalam realiti perjuangan. Walaupun kita dah tak bersama dalam perjalanan hidup kita tapi harapnya kita masih bersama dalam wadah perjuangan. Buat semua guru guru IB jutaan terima kasih kerana telah memberikan mutiara kehidupan yang berharga buat kami. Pengorbanan dan jasa bakti kalian yang sanggup mengenepikan wang ringgit demi mengharapkan keredhaan Allah sangat sangat dihargai. Kalian adalah permata dan doa ribuan bekas pelajar kalian akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian. Moga segala jerit perih,air mata dan titisan keringat warga IB/MTT akan menjadi saksi di hadapan Allah nanti.
Salam Ukhuwwah..

Kadar Kematian H1N1 di Malaysia luar biasa:Dr Alias Razak

(klik gambar untuk lebih jelas)

KUALA NERUS – PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.

PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya. (Gambar atas - peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO)

“Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,

”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal,

ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.

Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.

Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)

”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,

”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.

Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.

Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi.

Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.

”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,

”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanya

Menurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.

Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah

”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.

Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari.

Sumber:Buletin online

Selasa, 11 Ogos 2009

Peniaga Jual Lambang Agama Secara Terbuka


Pejabat Agama Tidak Ambil Tindakan
KUALA TERENGGANU – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) kesal kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penjualan aksesori wanita yang berlambangkan ugama termasuk ‘salib’ dan tulisan ‘Alif LamLamHa’ yang ditulis secara salah.


Pengerusinya Cikgu Fauzi berkata, pihaknya telah membuat aduan berkenaan perkara tersebut, yang sedang berlangsung dalam satu karnival jualan di Pusat Dagangan Terengganu pada minggu lalu.

”Kita (MAMPAT) rasa sangat-sangat kecewa, kita harap pihak penganjur akan lebih peka, pada minggu lepas seorang kakitangan kita telah datang ke sini ambil gambar,

”pada minggu lalu, (laporan) sudah dibuat di pejabat agama, tapi dari peniaga tadi (saya) difahamkan, tidak ada sebarang tindakan dari pejabat agama,”katanya kepada pihak media selepas memberi teguran kepaa peniaga berkenaan, disini.

Menurutnya pihak penganjur karnvial sepatutnya peka kerana penjualan lambang-lambang tersebut secara terbuka menimbulkan kontroversi kepada orang ramai dan boleh membawa kepada ‘rosak akidah’ termasuk ‘murtad’.

”Aksesori yang kita jumpa dalam bentuk loket tulisan ‘Allah’ yang tak betul dari segi tulisannya, dan (lambing) salib yang dijual secara terbuka, sepatutnya salib dijual secara tertutup,

”(tulisan Allah) boleh menimbulkan masalah disegi aqidah, seolah-olah percaya (lambing itu) adalah ‘tuhan’ atau mewakili ‘tuhan’,”tegasnya.

Beliau berharap pihak berkuasa agama dapat memantau peniaga berkenaan kerana katanya peniaga tersebut memiliki premis tetap menjualkan barang-barang yang sama di Kemaman.

Buletin Online dimaklumkan, terdapat aksesori yang dijual berbentuk cincin berlambangkan salib secara tersembunyi.

Semua aksesori tersebut boleh didapati dengan mudah dan dijual dengan harga diantara RM5 hingga RM15.

Isnin, 10 Ogos 2009

A(H1N1): 6 lagi kematian...



PUTRAJAYA: Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 32 orang di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, kecuali satu kes sahaja sahaja keempat-empat mangsa yang lain disahkan positif menghidap Influenza A (H1N1) selepas proses bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata, enam kematian yang dicatakan hari ini adalah antara 203 kes baru dilaporkan.

Setakat ini, Malaysia telah mencatatkan 1,983 kes.

Sebanyak 208,155 orang telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di seluruh dunia dengan 1,688 orang dilaporkan meninggal dunia di 174 buah negara,akibat virus berkenaan.








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive