Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Isnin, 29 Jun 2009

Tinta Isnin

Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah masih selamat rupanya blog ini. Dalam cuba nak naikkan lagi seri wajah blog ini,hilang semua yang diusahakan. Gelabah juga jadinya. Pening jugak bila layoutnya hilang,settingnya jadi suram je..Alhamdulillah jumpa clip video macam mana untuk dapatkan balik semua settings yang hilang .
Putus asa kejap. Terbang semangat nak menulis dalam blog. Apapun macam biasa adat orang sedang belajar. Belajar dari kesilapan.Maklum orang yang baru berjinak dengan IT,kata orang celik IT. Rupanya banyak blog yang menunjuk ajar cara 'berblog' dalam bahasa Malaysia. Nanti bila dah belajar cara untuk buat link,saya akan letakkan linknya di sini untuk sama sama berkongsi ilmu.
Masih banyak yang ingin dimaksukkan dalam blog ni. Tapi kesempatan waktu untuk belajar agak terbatas. Terima kasih pada yang sudi menjengah ke blog ini.
Salam Ukhwah.

Cerminlah Dirimu Anakku

Oleh : Mohd Nizam Bin HJ. Badaruddin

Anakku cerminlah dirimu sebelum kamu disuruh mencermin diri mu. Lihat dirimu di dalam cermin. Apa yang kau lihat. Dapatkah kau memahami dan menerangkan dengan kata-kata apa yang terbayang di hadapan mu. Ingatlah anakku. Jangan kau tertipu. Apa yang kau lihat hanyalah sisi sana wajah mu.

Apa itu SISI SANA WAJAH MU. Ayuh berhenti membaca catatan ini anak ku biar ku terangkan apa kah itu sisi sana wajah mu. Cuba kau ambil sehelai kertas yang mempunyai coretan. Bolehkah kau membacanya.
Sekarang bawalah kertas itu ke hadapan bingkai cermin yang kau tatap sebentar tadi. Dapatkah kau baca tulisan itu di dalam bingkai kaca tersebut. Tidak mudah bukan!!. Apa yang kau lihat di dalam cermin itu sebenarnya merupakan pandangan sisi sebelah sana lembaran tulisan itu.

Sekarang sudah faham bukan apa itu sisi sebelah sana wajah mu di dalam cermin. Lihat semula dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat.
Wajah yang bujur sirih
Wajah yang hitam legam!!??.
Wajah yang bulat putih gebu!!??
Wajah yang berseri, ada pancaran di mata yang dianugerahkan Allah!!??

Ingat anakku bukan itu yang kau kusuruh perhatikan. Kau ku suruh melihat lebih jauh ke dalam dari wajah yang kau nampak. Lihat ke dalam hati mu. Putih bersihkah. Hitamkah tebalkah salutan sifat mahmudah atau mazmumah. Tidak apa anak ku nanti akan ku bicarakan akan hal ini dengan lebih halus lagi.

Sekarang marilah kita kembali kepada apa yang kita bicarakan anak ku. Cerminlah diri mu. Ini bukan sindiran anak ku jauh sekali kejian.. sesiapa yang terasa cili apa mambaca catatan ini silalah bermuhasabah diri apabila terasa pedasnya.

Satu pesan ku kepada anak-anakku. Jika kau lihat wajah yang hitam legam, Nampak hodoh di mata manusia di dunia. Kita siapa yang berani sungguh memberi markah kepada ciptaan tuhan. Hakikatnya dalam setiap ciptaan ilahi itu ada tersembunyi keindahan dan ujiannya. Dalam hitam itu ada manisnya. Dalam legam itu akan datang dengan serinya. Hanya akan kelihatan jika kita basahkan dengan zikir dan kilatkan dengan Iman yang tinggi kepada allah. Semakin tinggi iman yang kau miliki, semakin serilah wajah yang kononnya hitam dan legam itu.

Seperkara lagi anak ku, jangan sekali-kali kau persoalkan tindakan tuhan . jangan kau tangiskan qada dan qadar tuhan terhadap mu. Kau tidak tahu apa rahsia yang Allah sembunyikan dari mu. Kau tidak tahu apakah hikmah disebalik ujian yang ditimpakan kepada mu. Jadi apa pilihan mu. Satu kecewa dengan takdir yang ditimpakan kepada mu: menangis siang dan malam mengenang nasib diri tanpa mampu mengubah apa-apa dan biarkan diri terus hanyut ke lubuk kegagalan atau dua, kau lihat hidup ini dengan penuh keyakinan akan Kudrat serta Iradat Allah , dan melangkah terus mengharungi hidup ini dengan penuh gagah dan semangat dengan bergantung harap kepada Allah dengan merayu serta merintih didalam doa dan memohon agar Allah menguatkan tali simpul mu dengan Allah.

Anak ku, jika lihat wajah di dalam cermin itu yang putih gebu. Jangan rasakan diri dah hebat. Sudah anggun dan tercantik hingga rasa layak untuk menjadi sombong dan takabur. Kerana disisi Allah cantik itu tiada sekelumitpun makna kerana itu hanyalah bersifat sementara: merupakan ujian dalam bentuk fitnah dunia, jika kau tergelincir, ruginya tidak lain selain dari kau juga. Anakku, yang putih gebu itu lagi mudah nampak buruknya jika tidak disiram dengan zikrullah dan dibasuh dengan air sembahyang.

Ingat anak ku, putih gebu itu sebarangan jadinya. Itulah merupakan ujian Allah yang amat mudah menyesatkan manusia. Hidup ini hanya ada dua pilihan tidak ada pilihan ketiga. Pilihan pertama pilihlah jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan Allah. Walaupun kelihatannya penuh ranjau dan berduri, tapi itu hanyalah fatamorgana semata. Itu hanyalah bayangan dan biasan bertujuan untuk melemahkan jiwa. Jika kau dapat kuatkan jiwa dan tidak putus-putus mohon perlindungan Allah, rintangan yang kau lihat itu mudah kau terjah dan harungi dengan mudah.

Pilihan kedua, kelihatannya jalan itu luas terbentang, penuh dengan keindahan yang mengamit jiwa. Hakikatnya anakku itulah seburuk-buruk jalan. Penuh dengan ranjau sepanjang jalan yang menyesakkan jiwa. Semakin jauh kau memasukinya, semakin kau hilang punca dan merasakan kekontangan jiwa dan berserabut kepala yang semakin bertambah dari masa kesemasa. Itulah jalan ke neraka yang tidak menjanjikan keuntungan atau kejayaan sebaliknya hanyalah menjanjikan kerugian dan kesesatan semata.

Jumaat, 26 Jun 2009

Tips Dari Cik Polis

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap dikawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing.


TIPS DARI POLIS LUAR NEGARA (boleh diguna pakai juga)


1) The elbow is the strongest point on your body..If you are close enough to use it, do!

2) If a robber asks for your wallet and/or purse, DO NOT HAND IT TO HIM. Toss it away from you....chances are that he is more interested in your wallet and / or purse than you and he will go for the wallet or purse. RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!


3) If you are ever thrown into the trunk of a car: Kick out the back tail lights and stick your arm out the hole and start waving like crazy. The driver won't see you but everybody else will. This has saved lives.

4) Women have a tendency to get into their car after shopping,eating, working,etc. , and just sit (doing their check book, or making a list, etc.) DON'T DO THIS! The predator will be watching you, and this is the perfect opportunity for him to get in on the passenger side, put a gun to your head, and tell you where to go.

AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR, LOCK THE DOORS AND LEAVE


Few Notes About Getting Into Your Car In a Parking Lot,or Parking Garage


1) Be aware: look around you; look into your car, at the passenger side floor, and in the back seat. (And check out under the car as you approach.)

2) If you're parked next to a big van you should enter your car from the passenger door. Most serial killers attack their victims by pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars.

3) Look at the car parked on the driver's side of your vehicle and the passenger side. If a male is sitting alone in the seat nearest your car, you may want to walk back into the mall, or work, and get a guard/policeman to walk you back out. IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

4) ALWAYS take the elevator instead of the stairs. (Stairwells are horrible places to be alone and the perfect crime spot)

5) If the predator has a gun and you are not under his control, ALWAYS RUN! The predator will only hit you (a running target) 4 in 100 times; And even then, it most likely WILL NOT be a vital organ, RUN!

6) As women, we are always trying to be sympathetic: STOP IT! It may get you raped, or killed. Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking, well educated man, who ALWAYS played on the sympathies of unsuspecting women. He walked with a cane, or a limp, and often asked'for help' into his vehicle or with his vehicle, which is when he abducted his next victim.


# Tidak salah kalau kita sentiasa berhati hati dan mengambil langkah langkah yang disarankan. Moga menjadi panduan untuk kita bersama dalam menggelakkan dari berlakunya jenayah.
Salam Ukhwah.

Kenangan

Tragedi yang menimpa Allahyarham cikgu Nizar Zainudin mengigatkan kepada peristiwa yang pernah menimpa anak saudara kira2 10 tahun yang lalu. Arwah Mohamad Sufian Adam,12 tahun yang lemas dan hilang di pantai Cerating,Kuantan ketika sedang mandi manda bersama sepupunya yang lain. Arwah hilang dalam sekelip mata. Dijumpai dua hari selepas itu kalau tak silap ingatan. Waktu itu,kami sekeluarga masih menetap di Keningau Sabah. Jarak yang jauh tidak mengizinkan untuk pulang.
Hakikat yang harus diyakini kematian datang tanpa diundang.Moga pergi kita dalam husnul khatimah. Pergi dalam kecintaan kita pada perjuangan Islam.

Innalillah



Alhamdulillah. Allah memanjangkan sehari lagi usia pada hari ini. Petang semalam jenazah Allahyarham cg Nizar Zainudin selamat sampai di kampungnya dan telah selamat dikebumikan. Cg Nizar berpindah ke Sarawak pada hujung tahun lalu. Ahad 21 Jun, Cg Nizar hanyut ketika sedang mandi di Sungai Rajang,Belaga,Kapit, Sarawak (gambar di atas). Jenazahnya hanya ditemui pada Rabu 24 Jun jam 6 pagi. Khamis, jenazahnya diterbangkan ke Semenanjung untuk dikebumikan di kampung halamannya. Masih muda dan masih solo.
Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah swt. Manusia hanya mampu merancang sedang Allah jua merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah jauh lebih baik.
Maut boleh menjemput bila bila masa saja. Tak kira tua atau muda. Sakit atau sihat.Berkeluarga atau bujang. Bila ia datang,terpisahlah kita dari dunia ini. Akan sendirianlah kita di dalam sana.Apa agaknya bekalan kita? Harta berjuta? Isteri cantik? Suami hensem? Anak2 yang pintar cerdik? Hanya amalan soleh dan doa anak anak yang soleh yang akan menjadi pelita di alam kubur. Agaknya adakah kita memilikinya?
Hanya iman yang mampu menjawabnya.
Hanya kekuatan iman yang mampu mengarahkan akal fikiran untuk berbuat amalan soleh. Hanya kekuatan iman yang mampu mengarahkan kita menyuruh isteri dan anak2 menutup aurat. Hanya kekuatan iman yang mampu meringankan tangan untuk menghulurkan sedeqah dan bantuan.Jadi tanyalah iman kita sekuat manakah ia.
Al Fatihah untuk Allahyarham Cg Nizar.
Salam ukhwah.

Khamis, 25 Jun 2009

Tinta kedua

Assalamualaikum warahmatullah.
Dah adat orang baru nak belajar menulis diblog. Tulisan saya yang pertama hilang ngaib entah ke mana. Entah kat mana silapnya saya menekan. Harapnya tuan punya maribinablog.blogspot.com boleh membantu kali ni.
Apapun itu bukan halangan untuk terus menulis. Kata orang belajar dari kesilapan. Itu akan mematangkan kita. Tak ada sesiapa yang terus saja pandai tanpa melalui proses belajar. sekadar nak menyedapkan hati dengan harapan tinta pertama boleh kembali dipublishkan dalam blog ini.
Off topic bab tinta pertama yang masih tersimpan dalam senarai catatan cuma tak nak keluar bila dipublishkan.
Sekarang heboh dengan H1N1..salah satu bala yang Allah datangkan pada hambaNya yang terus lalai dari mentaati perintahNya. Semalam maklumat terkini mangsa jangkitan dah mencapai 400%. Lebih dari 80 orang dan 4 sekolah telah ditutup sementara. Sebagai seorang ibu pada 3 puteri,perasaan gusar tetap singgah di sanubari. Selamatkah lagi anak anak yang saban hari keluar dari rumah dan saban waktu bertemu dengan begitu ramai teman temannya.moga Allah melindungi anak anak kita dari bala ini.
Rasanya bukan saya saja yang risau dengan situasi yang ada pada zaman ini.Anak anak dah tak selamat lagi. Sentiasa perlu dilindungi dan diperhati. Mana tidaknya,dengan jenayah yang berleluasa,masalah sosial,keruntuhan moral dan akhlak yang sedang membelit remaja,dengan cuaca yang tak menentu,dengan penyakit yang semakin moden dan virus yang sukar dicari vaksinnya.
Pelbagai cabaran di abad yang baru. Akhirnya kepada Allah jualah kita kembali berpaut,memohon perlindungan,meminta dan merayu rahmat dan kasih sayangNya,agar kita semua akan sentiasa di bawah naunganNya. Allah jualah yang Maha Penyayang dan Maha Penyayang. RahmatNya bertebaran di segenap penjuru alam.
Salam Ukhwah.

Tinta Pertama

Assalamualaikum warahmatullah
Segala puji pujian bagi Allah. Selawat serta salam buat Junjungan besar SAW,para sahabat,tabien serta seluruh pejuang pejuang khalimah Allah swt.
Rasa syukur yang teramat kerana akhirnya berjaya juga mencipta blog peribadi tanpa bantuan sesiapa. Hanya dengan belajar melalui blog binablog,akhirnya berjaya juga menghasilkan satu blog yang tak seberapa. Bukan tak ada yang boleh membantu terutama suami tersayang tapi perasaan yang kuat untuk mencuba sendiri menyebabkan digagahi juga walau pada hakikatnya bukanlah seorang yang mahir dalam IT.
Blog ini hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat dan pengalaman hidup. Moga ianya boleh memberi kebaikan walaupun sedikit kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke blog ini. InsyaAllah blog ini akan terus dikemaskini sesuai dengan kemampuan yang ada.
Tinta pertama berakhir di sini. Moga Allah memberi kemudahan dan kelapangan untuk terus menulis. Salam ukhwah. Salam perkenalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails